Showing posts with label Travelog Hijabista. Show all posts
Showing posts with label Travelog Hijabista. Show all posts

Monday, February 4, 2013

Halal Travel Package - Krabi


Okay, macam dah bagitau hari tu ni details package Krabi Halal Tour ( Entry 1 & Entry 2) RM1200 ( excluded flight ticket) yang kitorang amik, hasil usaha pencarian secara gigih oleh cik safra ! Seriously, pasal Halal Food...no worries. Krabi one of nice place for food lovers! :)

Kalau pergi sana, wajib amik gamba. Kalau tak menyesal nanti. Hahah dan try their pancakes. Super nice!!

Untuk maklumat lanjut, boleh email ke :

aonangprinceville@yahoo.com


Day 1
·         Check In at  Aonang Princeville Resort  stay at Deluxe Room.
·       Relaxing as per your leisure time
·       Thai set dinner (  Table  Set)

Day 2
·       07.30-08.00 am .Morning Breakfast at The White Orchid
·         08.00-08.15 am. Trip to Phi Phi Island visit for Bamboo Island ,Hin Klang Island ,Monkey  beach, Phi Phi Don , Phi Phi Lah and Maya Bay for snorkeling .
·       19.00 pm.   seafood set dinner   at white orchid restaurant

Day 3
                               07.30-08.00 am  Morning Breakfast at White Orchid Restaurant
·       Relaxing at per your leisure time
·       One Thai  Or Oil  massage for 1 hrs.  per  pax.
·       Transfer out to Krabi airport

            Package includes :
·       Welcome refreshment upon arrival
·       Daily breakfast at White Orchid Restaurant
·       2   nights accommodation  in Deluxe    Room ( Aonang Princeville Resort)
·       Trip to Phi Phi  Island by speed boat ( join tour)
·       One Thai Set Dinner
·       One Seafood Set dinner
·       Thai  or Oil Massage for 1 hrs. for  per  pax
·       Transfer from Aonang Princeville Resort to Krabi Airport (private transfer)
·       Tour include: Snorkeling ,Mask ,Drinking water .lunch, fruit ,Admission fee ,Accident insurance, Life Jacket ,Hotel transfer and English Speaking quide.
                           


                                         Package  3 days 2 nights    100 %   Halal Food 

Friday, January 25, 2013

From Krabi with Love Part 2

Day 2, 12 January 2013 - Saturday

Program bermula dengan solat subuh. Hehe, sana subuh awal. Actually sama je, sebab sana 1 jam awal. So jadi awal la kan. Program Day 2 ni memang tour island. Dari pagi bawak ke petang.

Our very first breakfast. 

Peaceful

Buffet breakfast kat hotel. Halal food. Jangan risau. So amik feel omputih, kitorang decide nak breakfast kat pool. Serious best! And ada counter buat macam-macam jenis telur. Nak jadikan cerita yang aku ni kan pencinta telur. Tapi bak kata cik safra, statement tu macam kontroversi, so kita bagi ayat sedap sket. "Kami pencinta telur yang telah dimasak dan dicuci" . Okay, tak kelakar.

Pastry memang super & salad juga!
Aku ni nak order la telur mata kerbau. Jenuh la duk memikio apa ayatnya. Last-last order omellete. Hahaha. Bila dah dapat terus tanya soalan kat cik safra, "camne nak kata telur mata kerbau dalam omputih ek?" Hahahaha! Rupanya, sunny side up..okay. new lesson!


Yang dua beradik ni, pencinta

Monday, January 21, 2013

From Krabi with Love Part 1

Mari kita bermula secara sihat. Orang kata benda yang baik kita kena kongsi kan?

Seperti yang kebanyakan rakan-rakan terdekat tahu, bahasanya saya bersama delegasi dua beradik telah menjejakkan kaki ke Tanah Krabi. Setelah 2 bulan perancangan, Alhamdulillah ianya diizinkan dan dipermudahkan oleh Allah. Amin.

Jadi pada tanggal 11 Januari 2013 berangkatlah kami 3 gadis ke tanah besar Krabi. Perjalanan bermula dengan kami bermalam di surau LCCT yang super sejuk. Open air, tapi sejuk. Sedikit menyesal tak pakai stokin dan tak bawak blanket. Sila take notes untuk next trip ya rakan-rakan.

Smartphone Waterproof Case


Flight kami seawal pagi 7.25. Jadi harus check-in sekitar 5 pagi. Dah selesai urusan bagasi dan imegresen. Sementara tunggu boarding, solat subuh kat surau dulu.

Our passport :)


Monday, June 18, 2012

Travelog : Beijing (Finale)

PART 1 | PART 2 | PART 3 | PART 4 | FINALE

Ya , finale . Nampaknya aku round up kan cerita Day 3 and Day 4 dan day selanjutnya terus la yer. Hehe. Aku cerita mana tempat aku pergi je . #dasarpemalas

Day 3 :

Sepatutnya hari tu kitorang pergi Great Wall , tapi mengkiut Tour Guide kitorang , dia kata ramalan kaji cuaca kata hari tu hujan. So cancel . Sebab dia kata rugi gi Great Wall time hujan ni . Momantai laa. Kitorang ikut kan aje.






So plan Day 4 dipercepatkan untuk hari ni. Kirenye Great Wall jadi esok . So hari ketiga ni , kitorang pergi Summer Palace . Tempat ni , lagi besar dar Forbidden City . Ada kaitan jugak dengan Forbidden City . Summer Palace ni tempat permaisuri raja yang asalnya dari seorang gundik . Sebab dia ada anak lelaki dengan Raja tu , so dia diangkat jadi Permaisuri. Cerita dia panjang , termasuklah , dia jenis gila kuasa . Nak tau lanjut , tengok sini.


Poco-poco?


Tadi dia kata hujan kan ? Ha 'ah memang hujan . Gerimis . So lepas lepak-lepak feeling dalam drama cina purbakala sebab kawasan Summer Palace tu kabus , kitorang gerak gi tempat lain plak. Tempat urut-urut kaki . Katanya urut kaki secara percuma . Memang pun . Tapi takde la refklesologi sangat . Dia rendam kaki pastu tepuk-tepuk je #tepukdahi. -_-'

Sambil urut tu , ada la sessi taklimat membeli barang-barang ubatan. Ni nak bagitau , tujuan aku bukan nak melingkupkan bisnes orang tu ke apa eh , tapi just beringat. Kalau gi sini , biasanya almost semua travel agent akan pergi sini. Akan ada 'pakar-pakar' yang kononnya akan cek penyakit korang through scan tapak tangan. So nanti dia bagitau la , ada penyakit jantung , kolestrol , kencing manis , penyakit hati dan sebagainya. Tujuan dia nak suruh kita beli ubat herba dia. Harganya sangat mahal. Dalam beribu-ribu duit kita. Ya , memang dia ada offer boleh swipe credit card kalau nak.


Jem !


Nasihat aku , kalau boleh . Janganlah . Buat tak tau je. Lagipun sebelum aku gi , personal family doctor kitorang memang dah ingatkan jangan terpengaruh . Kalau betul ada sakit , kita check kat Malaysia je . Sebab bukan apa , kita beli ubat mahal-mahal nanti takut membazir . Apapun , terpulang pada individu , kalau rasa okay. Then belilah.

Dah sudah tu , pergi kilang jade and crystal plak. Macam biasa , tunjuk asal usul jade & crystal . Aku beli gelang and cincin jade je. Memang aku minat. Selain emas , aku minat jenis manik atau jade. Emas tu , pelaburan masa depan. :)

Kat kilang crystal , aku tahan nafsu tak beli apa-apa. Hehe. Lepas tu , kitorang pergi shopping complex. Dia macam uptown style sebab jenis kedai kecik-kecik. So kat sini la kita nak beli barang nampak macam branded dengan harga murah.




Well *sambil libas tudung* , being me memang sangat hardcore bab tawar menawar ni . Sebelum tu pun , tour guide dah pesan. Peniaga sini kasar-kasar sikit . Diorang akan letak harga tinggi giler. Dan kau kene tawar sampai 90%. Ya, 90% . Contoh macam dia letak 100yuen , kita mintak tawar 10yuen. Sounds gila kan ?

Tapi itulah hakikatnya . Diorang memang akan mark up harga tinggi sebab dia tau kita tourist . Tapi dengan gabungan aku dan mama . Kitorang berjaya dapat harga paling less . Tapi mama kata , aku lagi garang. Huhu. Sampai ada cina tu nak nanges sebab aku tawar rendah sangat. Tapi dia bagi jugak. Hehe. Sorry .

Aku jenis , kalau dia tak bagi , aku tak amek. Tapi satu pesan aku , kalau korang dah tawar . Dan dia kata ok , silalah amik. Kau wajib amik . Kalau kau taknak gaduh kat situ. Lagipun , tak baik kan . Kita dah mintak harga tu , dia bagi kita taknak plak. Dah aniaya namanye.

Contoh macam barang aku dapat , 2 jam G-Shock + 1 jam Rolex ( sah-sah la bukan ori kan) . Aku dapat 3 jam tu 100 yuen. So kire dalam duit kita dalam RM15 satu. hehe. Kira ok la. Buat main-main.

Sama macam barang lain , dapat harga murah sangat. Alhamdulillah.

Day 4 




Okay , next plak kita gi Great Wall . Okaylah , basically orang yang datang tour beijing , tempat wajib adalah great wall. Kalau ko pergi Beijing , tak pergi Great Wall , sangat rugi !






Nampak great wall ni macam sempoi je kan . Sekali bila dah panjat tengok semput nyawa akak. Haha. Nampak macam flat je , sekali berbukit kau. Tangga pun curam-curam je. Adik aku pun dapat naik gak ngan wheel chair dia. Angkat la , ape lagi. Orang pun pelik , camne wheel chair boleh sampai atas. Tak sia-sia dik , badan akak ko ni besar. Haha.




Memang best la. Tenang je. Kagum pun ya . Kuasa Allah kan , bagi kudrat manusia macam tu utk buat Tembok tu. Dan seram pun ada. Sebab tahukah korang bahawasanya Tembok Besar China tu adalah perkuburan paling panjang di dunia ? Ya , sebab dulu-dulu kalau pekerja yang mati buat tembok tu , diorang kambus je. Huhu.

Day 5


Bird Nest - Olympic Stadium


Haha , gila fast forward. Last day , kitorang shopping lite-lite lagi . Gi kilang pisau , beli pisau . Sampai luka tangan aku kene pisau . Huhu. Pastu shopping lite-lite lagi, Mama beli handbag Prada kau , yang tipu punye. Abah beli belt. Adik beli beyblade dia . Aku shopping souvenir. Haha. Aku kan ramai kerabat sini , kena la beli sorang satu. Tu pun sib baik ada rezeki borong tie :p


Bullet Train


Pastu gi tengok Stadium Olympic Beijing . Yang maca bird nest tu . Awesome ! Walaupun memula ada geng yang ingat nak pergi beli bird nest. Haha :p





Pastu kitorang naik bullet train. Gi Tian Jin. Tempat ni macam kawasan pedalaman la. Saje je sebenarnya nak merasa naik bullet train yang tak terasa pun. Bayangkan 200km boleh sampai dalam setengah jam. Kira macam ETS gak la ni. Kalaulah , ada train ni gi melaka. Hari-hari aku dinner gi Umbai. Haha.








Day 6

Packing-packing dalm balik ke tanah air. Macam biasa , transit Hong Kong . Layan movie dalam flight. Tapi movie cam haram , ada plak adegan tak sesuai tontonan umum. Haha. Jenuh aku duk main-main channel je bila part tak sepatutnya . Kata mama duk sebelah kan. Haha. #camharom

Apepun , kesimpulannya . Beijing Tour memang best . Ko boleh belajar culture diorang macam mana. Kebersihan diorang , disiplin and banyak lagi .

Dan dengan ini , aku nak ucapkan syabas to TH Travel for the great service. Memang tip top ! Kalau korang nak , boleh contact diorang. Banyak lagi package lain.

Dan aku tak sabar nak trip tempat lain plak ujung bulan ni ! Hehe.

Sekian , entry beijing dari saya ! Finally!

Jom layan gamba sikit-sikit. Aku dah tak reti nak susun gambo ikut cerita. Haha. 




Bangun CCTV , macam TV3 or Astro la ni

Beijing at Night


Beijing at Night. Cantik kan?



Proton Persona ! Hehe

Friday, June 15, 2012

Travelog : Beijing (Part 4)

PART 1 | PART 2 | PART 3 | PART 4

Day 2 : 

Kita sambung terus pergi lunch . Dari Forbidden City tu , kitorang gerak ke bas . Ready untuk lunch . Dalam tengah jalan-jalan nak ke bas tu , jumpa lak plak hawker ni jual buah. Nampak macam menarik buah-buah yang dia jual . Buah potong . So , ramai-ramai yang agak lapar , kate breakfast sesuci ala kadar je kan . Masing-masing pun beli lah buah . Satu potong tu ada yang 4 Yuen , ada yang 5 Yuen . Beli banyak-banyak ade diskaun.




Dah setel makan buah , terus gi lunch kat XinJiang Muslim Restaurant. Macam aku ada bagtau , sebab kita dah amik package , Halal Tour , no worries for the food. Yakin , dan makan je la. Hehe. Lauk macam biasa , penuh sayur-sayuran -_-"

Lepas dah selesai makan tu , ready untuk solat plak kat masjid .Tapi , masa keluar restaurant tu , ada plak orang jual buah . Ada Ceri , ada pisang , Laici . So , sangkut la ramai-ramai beli buah plak. Ramai beli ceri. Tapi aku syak , tu bukan ceri. Sebab rasa dia macam plum. Korang tau kan yang macam plum kaler ungu tu. Ha , macam tu la rasa dia. Pastu beli lenchi , laici lah. Haha. Suka sebut lenchi. Rasa comel #mintaklempang


Dah sudah selesai beli buah , terus gerak ke masjid. Nama Masjid ni , Nan Dou Ya Mosque.
Tengah-tengah bandar gak . Redup je kawasan dia ni . Kat sini lah kalau nak bersuci tu best sikit . Sebab ada baldi ngan gayung. Hehe. Pepaham je la yer. Selain daripada tu , kat sini ada Muslim Shop. Macam jual kuih-kuih ke , biskut je , boleh beli kat sini. Aku beli gak , biskut butter yang sedap. Dewan solat dia pun best sangat . Siap ada kerusi untuk solat. Tapi aku rasa tuk dia buat kelas wanita jugak.

Jom solat!

Kat masjid ni , macam perkarangan la , tapi tertutup sket . Ada rumah sembelih and tempat jual daging yang halal. Rata-rata sini , if nak beli daging halal , adalah area masjid. Biasanya , kat masjid diorang ada community area . 

Lepas dah solat , kitorang terus gerak ke Silk House (Dizhen Silk House) . Tempat buat sutera. Original katanya .So bila sampai tu , ada lah yang dah incharge untuk greet the group. Dia explain dari A-Z asal sutera ni . Cara buat macam mana and yada yada. Lepas tu baru dia bawak kita pergi bahagian cadar-cadar sutera ni . Masa kita tengok tu , memang rambang mata. Sejuk. Okay aku rasa dipengaruhi oleh aircond. 

NI sutera ye adik-adik , bukan gegula kapas...
Harga boleh tahan. Kalau kita beli set cadar , ngan quilt ngan sarung bantal dalam 1650 Yuen. Duit kita dalam RM800 macam tu. Memula tu memang teruja , mama siap tanya..nak ke? Ikut kan hati memang la nak. Tapi bila fikirkan yang aku ni , jenis tidor lasak. Setakat ni , semua comforter and bedsheet aku adalah 100% cotton. Pernah ada guna yang Silk. Dia kan licin , so kebarangkalian untuk aku jatuh katil adalah tinggi. Dah , takyah nak bayang aku tidor macam mana. Hahaha.

So , aku cakap kat mama. Takyah lah. Ramai gak orang borong , kitorang tahan nafsu je. Okay , aku tak bernafsu sangat. Then , mama ajak gi bahagian kain pasang. Again , bukan nafsu aku. Aku tak minat sangat material lembut-lembut ni , nak pergi mana pun . Takdenya nak duduk kat office/workshop pakai sutera kan. Hew hew hew. Baju kurung pun aku jarang pakai. Kecuali majlis tertentu.

So , beli untuk mama je , dua pasang. Nice. Sebab mama keje gomen , dia memang pakai baju kurung pun. Heheh

Dah setel bersutera , kita ke Pearl House plak. Area stadium bird nest tu . Ha , kat sini aku ada membeli sedikit barang kecantikan. Haha. Pearl Beauty Cream. Okay lah , siap promoter tu tersaiko dengan aku . Dia punyalah promote beli banyak-banyak dapat diskaun bagai. Aku stick nak banyak tu je. Tapi malangnya , dia dah terlepas offer free gift kat aku. Deal close ! Hehehe. Sorry ah amoi.

Kalau tak jelita jugak , awas!


Okay la , pakai tu. So far kulit aku okay je.

Dah selesai memborong di Pearl House tu , kita pergi plak Dr Tea , Tea House . Kedai jual teh china ni . Since Beijing ni pendapatan diorang adalah salah satunya Pelancongan , so dia memang jaga la bab-bab melayan pelancong ni. Kenapa aku kata macam ni , sebab , setiap tempat yang kita pergi tu , memang ada segmen-segmen dia . Kira kita masuk , terus dia bawak satu bilik untuk taklimat. 


Sama macam kat kedai teh ni , dia bawak kitorang pergi satu balik untuk taklimat dan seterusnya jual teh. Dapatla merasa teh free. Macam-macam jenis , ada yang murah , ada yang mahal. ada yang super mahal  . So end up , memang kitorang beli teh. Sebab tau , kat Malaysia susah sket nak dapat teh yang macam tu and harga pun sangat mahal. So belilah. Ada banyak jenis teh . Macam Oolong Teh ( untuk penghadaman , kecantikan ) , Jasmine Tea ( untuk minda and mata ) , Lytchee Tea ( untuk perut , biasanya org perempuan , pepaham je) , and Pu-er Tea ( teh paling mahal , macam gamba kat bawah tu , lagi lama lagi mahal)

Ni teh...
Dah selesai tu , pergi dinner plak . Awal sikit dalam kul 6 lebih. Sebab lepas tu kitorang nak gerak pergi tengok akrobatik show plak. Tempat dinner aku tak ingat nama dia . Dan tak amik pun gambo kedai. Hehe.


Acara yang ditunggu , pergi Acrobatic Show . Masuk ni , nak kena ada tiket ya. Aku kan , mati-mati ingat show biasa-biasa macam kat dataran tu ke. Rupanya , memang ada auditorium dia. Full house ! Patut la tour guide kitorang banyak kali pesan jangan lewat. Yang bestnya , masa masuk dalam tu , nak pilih seat. Selamber je kitorang duduk tengah. Sebab tengok kosong kan. Dah la depan sekali #oversangat. Sekali , ada usher datang bagtau , tengah tu seat tuk VIP ticket. Dah , meraban carik tempat duduk. Sib baik , ada kosong lagi depan-depan. -_-"

Dah ade terpampang..haha
Auditorium diorang ni dua tingkat. Kire ni macam Istana Budaya la kan (cheeehh cara cakap macam dah masuk IB je) . Sementara tunggu tu , sempat la aku gi beli air . Atas arahan ayahnda kan. Bila beli , aku confuse asal mahal bebenor air botol dia. Tapi bila on the way nak balik kat auditorium tu , baru aku perasan , tu panggung wayang benornye. Sebab ade movie-movie latest yang lain. Haha. Tapi tak nampak macam panggung wayang pun. Huhu

Pastuh , show pun start. Okaylah , berjaya membuat aku kagum. Heh , aku ni , ko buat lebih sikit je aku dah kagum :p . Macam-macam la , dari timbang bola , guna gelung , guna kain pastuh ko gantung tangan , guna tangga , guna motor dan macam-macam lagi.

Timbangan bola...

Basketball secara baring yer..
Balancing guna tangga..
Kekuatan badan...
Dan lagi...
Gegelung manusia
Motor2 berpusing
Para pelakon acrobatic
Dah sudah tengok show , kitorang balik hotel. Macam biasa , lepas mandi semua . Aku terus pengsan. Tapikan rasa aman gak duk sana. Sebab sana , walaupun malam dia lambat , tapi macam kul 9 tu , kita dah rasa macam kul 11 . Sebab sunyi . Ke sebab aku duk sorang ? Haha. Tapi okay la , nak bangun subuh kul 3 tu mo mantai laaa...cuma lepas tu aku sambung tido balik.

Hasil rembatan hari kedua di Beijing : 


Sinchan suka 'ken-ching' haha. Dia bila kene air panas tu dia buat =))

Syabas!

Sambung next entry. Ok , bai!

Wednesday, June 13, 2012

Travelog : Beijing ( Part 3 )

PART 1 | PART 2 | PART 3

Part 3 : Tian Men Square , Forbidden City

Day 2 : Tian Men Square & Forbidden City

Tanpa membuang masa lagi , sebelum aku lebih lanjut hilang fokus . Jom aku sambung cerita trip to Beijing ni. Hehe

Syahdu je suasana di pagi hari.

So , pagi tu , Day 2, lepas je breakfast , Kul 7.30am kitorang semua dah start berkumpul dalam bas. Suasana kabus-kabus gitu. Sangat romantis I tell you . Tetiba terkenang chenta hati #eh saya di tanahair (haaaa..ehems) . Gedebak gedebuk , tunggu semua delegasi tiba . Mulalah perjalanan kami dengan dimulakan membaca doa naik kenderaan . *sambil betulkan tudung*

Sebab malam tadi sampai malam kan , mata pun dah stim stim ngantuk . Takde maknanya nak melihat panorama Kota Beijing kan . So ,bila dah cerah mata memandang ni , haruslah teruja ok . Jakun. Okay , kagum sebenarnya , sebab rata-rata rakyat Beijing ni , diorang jenis naik basikal. Kiranya , basikal adalah Raja Kenderaan kat Kota Beijing ni. Dan bandar diorang SANGAT BERSIH. Aku ulang eh , SANGAT BERSIH .

Nampak tak banyak basikal tu adik-adik?


Pokok-pokok bunga ros , selamber je tanam kat divider jalan tu. Kita nak dapat bunga ros punyalah sapai cameron bagai kan. Pastuh bila bawak balik , terus sekuntum mawar merah layu di tasik madu #amikkau. Dah tu plak , one thing la aku perasan kawasan Beijing ni , diorang fully occupied semua tempat yang ada. Macam bawah flyover kan ade space , diorang buat tu tempat letak parking berbayar. Takpun macam yard untuk diorang simpan kereta-kereta yang belum dijual.#kagum

Okay , jalan punya jalan . Dah sampai ke destinasi pertama . Tapi jap , sebelum sampai destinasi tu , adalah lalu satu kawasan tumpuan ni . Dia macam the biggest temple la . Tapi sekarang jadi tempat orang senaman macam tu. Taman riadah .


So , 1st place kitorang pergi adalah Tian Men Square. Tian Men Square ni kire macam kat tempat kita Dataran Merdeka la. Tempat rakyat jelata berkumpul kalau ade event kenegaraan. (apesal ayat aku macam skema ni) . Dekat situ ada Parlimen (Great Hall of People) diorang , ada National Museum dan juga tugu peringatan Mao Zedong . Oh ya , kat sini juga ada 'makam' Mao Zedong , which kita boleh tengok sebab mayat tu dah diawetkan. Cuma kitorang tak tengok. Dan kalau nak tengok kena beratur panjaaaangg sangat adalah dalam berjam-jam. -_-"

Masa ni , aku belum in mood nak bergambor..Aku kan tak ske bergambor. Tapi bila pikio-pikio balik. Eh , nnt rugi lah. Haha. Tak leh tunjuk kat chenta hati .."yang , I dah sampai sini tau.." #silamuntahhijau. Pastuh takleh nak berlagak ngan anak-anak yang mommy dah pegi china. Kalau cerita je , harus diorang ingat dongeng semata. Haha. #alasantakbolehblah

Ni National Museum. Super Besar
Ada Parlimen dan Kawasan Tugu Peringatan



Lepas dah lepak-lepak kat Tian Men Square ni , aku tak cite panjang , aku just linkkan kat Wikipedia ya. Korang sila tambah ilmu pembacaan. *wink*. Lepas tu kitorang terus gerak ke Forbidden City . Wah wah . Sangat teruja , sebab tetiba rasa macam Justice Pao , Fong Sai Yuk macam tu kan. Selalu tengok dalam TV je. Nak masuk ni , kena seberang jalan. Guna tunnel .

Ready nak masuk Forbidden City!

Tunnel diorang ni , seriously tak macam tunnel kita. Sangat bersih and secure. Oh haa , kat sini , polis merata-rata ok. CCTV juga bersepah. So , crime diorang sangat rendah. Setahun tak sekali la jadi. Sebab kalau ade crime , contoh la , peragut ke , hukuman dia potong tangan. So , rakyat dia sangat patuh kepada undang-undang. Ni tour guide citer , kalau dia tipu , kire aku tipu korang jugak -_-"

Sila Baca


Dah selamat sampai kat Forbidden City. Ada tiket tau. Tapi sebab kitorang gi ngan package , semua dah siap. Tinggal masuk je. Memula je masuk , sangat la teruja lagi . Sebab sebijik woooh macam dalam TV. #haruslah kan? Hehe. Tour dalam ni around Sejam setengah je. Tu pun separuh , sebabnya , kalau nak sampai ke hujung kawasan , memang tak balik le. Keluasan kawasan ni adalah 720 ,000 m2 . Sila bayang sendiri.

Cantek kan??


Ada banyak bahagian ; rumah pengawal , gudang , gudang makanan , rumah hukuman , rumah gundik dan banyak lagi. Dalam ni ada 999,999 bilik. Termasuk untuk gundik-gundik raja. Nak tau gundik tu apa ,sila google sendiri . Hehe.Tapi seronok dengar cerita pasal gundik-gundik yang cuba menawan hati raja ni. Haha.



Bila masuk dalam ni , sah la rasa macam dalam drama cina . Bak kata Wan Safra juga. Haha. Boleh tahan la nak berjalan . Tapi berenti tetiap post . Dan bergambar.


Heart Melting~

Dan seterusnya , memang kami hanya bergambar. Hehe.

Okay , done with Tian Men Square & Forbidden City . Next kita pergi lunch , kilang sutera & pearl house.

Jumpa lagi next entry yang tah bila aku nak sambung . Hehe.

Monday, June 11, 2012

Travelog : Beijing ( Part 2 )

PART 1 | PART 2

Part 2 : HK to Beijing

Jenuh aku nak snap gamba ni. sebab di gerak2.

Kita sambung bahagian kedua pulak . Tadi dah on board dari Hong Kong International Airport to Beijing. Dalam Dragon Air ni , food dia lagi awesome. Haha. Sorrylah , aku kan pecinta makanan. Nasi Briyani kambing beb. Siap ada ice cream. Aku yang ngantuk-ngantuk ayam , terus tak jadi tido. Dah la sambil layan Wall E  dengan The Proposal. Siap touching-touching lagi. Citer tu kan sedih. Sobs :(

Nasi Briyani.

Ada eskrem lagi. Siap request nak Coffee flavour. Kelass!
Dari HK ke Beijing kejap je. Dalam 2 jam . So sampai sana kul 7 lebih. Tung tang imgresen , luggage semua , keluar airport kat kul 8pm. Sampai je , dah ada tour guide tunggu. Yang abah ngan adik , over perasan macam Lee Chong Wei konon ada fans tunggu kat airport ramai-ramai. Siap keluar arrival gate tu lambai-lambai tangan. Abah ngan adik sape tah poyo macam tu -_-"

Beijing Capital International Airport

Naik aerobus
Nama tour guide kitorang ni Yet. Dia ni , orang Indonesia , chinese lah. Tapi dah lama stay kat Beijing ni. Senang sebab dia cakap bahasa indonesia. So dah berkumpul semua , terus turun tunggu bas sampai.

Nak pergi ke bas. Yang baju pink pegang bendera tu Tour Guide kitorang
Dari Beijing Airport ke destinasi kitorang ni , boleh tahan la jauhnya. Makan masa dekat sejam. Dalam bas tu , kenal-kenal Bandar Beijing , pastu terus gi makan. Program lari sket , sebab delayed masa kat HK. So terus gi makan , yang restoran dia booked last minit. Kisahnya , kedai-kedai kat Beijing ni jenis tutup awal. Paling lewat kul 9pm. 

Dah sampai restoran ni , makanan dah sejuk. Sadis. So makan je laa buat alas perut. Lagipun dah ngantuk. Erk , to be honest . Beijing ni bukanlah tempat yang Food Heaven. So , ala kadar lah rasanya. -__-"


Ni je yang lalu..bersyukurlah!
Lepas dah makan , terus check in hotel. Awesome jugak. Aku tak sure berapa bintang. Rasa dalam 3/4 stars hotel. Bilik besar . Aku tido sorang ye harap maklum. Kalau ikut dalam list ,adik tidor ngan aku. Tapi takde maknanya dia nak tido ngan aku. Kekdahnya , I sleep alone. Tapi bilik mama ngan abah sebelah2 la.

Room view besar punya !

Bathroom

Tak kesah pun , dah biasa. #tipsnya adalah , aku bukak TV tu 24hrs. Haha. Kira masa tido TV memang terbukak. Dah biasa pun , kalau travel jenis tido sorang ( atee..kate geng semua jejaka , aku sorang je bunga) memang jenis aku bukak je tv tu. Senyap2 takleh , aku seram. Haha. Penggunaan bilik air pun , pepaham je la. Dah duk sorang. Haha. Bilik air pun besor. Sib baik bilik air dia takde tingkap jenis see through bilik luar mcm hotel kat Siam Piman. Lagi lah aku seram . -_-"

Suka hari2 diorang ganti syampu tu. :p

Bath up , feeling abihs. haha
Dah sudah mandi semua , terus aku bedebush. Oh ya , ade kesah. Masuk-masuk tu , kan ade TV. Aku jenuh laaa mencarik suis TV. Last-last TV takmo on gak. Aku call laa receptionist. Speaking lah kan. Skali minah tu suh aku cakap pelan-pelan sebab dia tak paham. Aku pun "TV can't open" . #OhMyEnglish Lantaaakk. Aku cakap switch on dia tak paham. Cannot open baru dia paham. 

Kejap tu , anto technician. Dia masuk , aku bukak pintu besor2 aku duk luar. Giler. Dah la aku sorang , kang buat jadi apa2. Haha. Kejap tu , tengok TV dah nyala. Kekdahnya , suis sebelah katil. Wuwuwuwu. Aku mana laa reti. Pastu aku suh , dia gi operate lak kat bilik mama ngan abah.TV dah bukak , satu hal plak. Channel semua cina. Sepatah aku tak paham. Layankan saja. Buat teman aku tido. 

Ming Du Hotel :)
DAY 2 : Tour 1

Sini subuh awal gile. Kul 2.49am. Amek kau. Kul 4 pagi matahari dan naik. Tapi , aktiviti tetap start kul 8. Macam goverment office diorang semua start kul 8am , 8.30am , kul 9am. Kalau kedai rata-rata bukak kul 9am. Kira lepas subuh tu , kalau spesis aku ni , memang komfem membongkang balik. Ya ya aku tau tak elok. Jangan ikut perangai aku ya. Takmo..takmo..

Lepas dah subuh , ya , aku membongkang balik. Sebab program start kul 630am. untuk Breakfast. Alhamdulillah , hotel kitorang stay ni memang provide breakfast. Halal lah yang pasti. Sebab ade package or hotel yang tak provide halal breakfast. So kene gi menapak kat hotel lain. 

Stock sepanjang percutian . WAJIB!

Breakfast yang suci. :p
Sebelum aku citer pasal makanan , nak habaq mai . Aku kan pecinta nescafe dan sewaktu dengannya. so memang bawak stock 3 in 1. Sebelum turun tu , pekena nescafe dulu .#tips : bawak 3 in 1 kegemaran , maggi cup dan jajan ( jajan ni sejenis cekedis atau kudap2an ye adik-adik :p). Macam aku bilang tadi , sini bukan tempat untuk pecinta makanan. Breakfast pun ala kadar je , bubur , pau kosong , roti , pastu sayur-sayur. Oh ya , orang-orang sini memang pecinta sayur. Lagipun macam daging or ikan susah dapat and mahal. Katanya...


 Dah sudah breakfast , gather kat lobi. Kul 7.30am start program yang pertama ! Pergi mana? Nanti aku sambung :)