Day 2 :
Kita sambung terus pergi lunch . Dari Forbidden City tu , kitorang gerak ke bas . Ready untuk lunch . Dalam tengah jalan-jalan nak ke bas tu , jumpa lak plak hawker ni jual buah. Nampak macam menarik buah-buah yang dia jual . Buah potong . So , ramai-ramai yang agak lapar , kate breakfast sesuci ala kadar je kan . Masing-masing pun beli lah buah . Satu potong tu ada yang 4 Yuen , ada yang 5 Yuen . Beli banyak-banyak ade diskaun.
Dah setel makan buah , terus gi lunch kat XinJiang Muslim Restaurant. Macam aku ada bagtau , sebab kita dah amik package , Halal Tour , no worries for the food. Yakin , dan makan je la. Hehe. Lauk macam biasa , penuh sayur-sayuran -_-"
Dah sudah selesai beli buah , terus gerak ke masjid. Nama Masjid ni , Nan Dou Ya Mosque.
Tengah-tengah bandar gak . Redup je kawasan dia ni . Kat sini lah kalau nak bersuci tu best sikit . Sebab ada baldi ngan gayung. Hehe. Pepaham je la yer. Selain daripada tu , kat sini ada Muslim Shop. Macam jual kuih-kuih ke , biskut je , boleh beli kat sini. Aku beli gak , biskut butter yang sedap. Dewan solat dia pun best sangat . Siap ada kerusi untuk solat. Tapi aku rasa tuk dia buat kelas wanita jugak.
![]() |
Jom solat! |
Kat masjid ni , macam perkarangan la , tapi tertutup sket . Ada rumah sembelih and tempat jual daging yang halal. Rata-rata sini , if nak beli daging halal , adalah area masjid. Biasanya , kat masjid diorang ada community area .
Lepas dah solat , kitorang terus gerak ke Silk House (Dizhen Silk House) . Tempat buat sutera. Original katanya .So bila sampai tu , ada lah yang dah incharge untuk greet the group. Dia explain dari A-Z asal sutera ni . Cara buat macam mana and yada yada. Lepas tu baru dia bawak kita pergi bahagian cadar-cadar sutera ni . Masa kita tengok tu , memang rambang mata. Sejuk. Okay aku rasa dipengaruhi oleh aircond.
![]() |
NI sutera ye adik-adik , bukan gegula kapas... |
Harga boleh tahan. Kalau kita beli set cadar , ngan quilt ngan sarung bantal dalam 1650 Yuen. Duit kita dalam RM800 macam tu. Memula tu memang teruja , mama siap tanya..nak ke? Ikut kan hati memang la nak. Tapi bila fikirkan yang aku ni , jenis tidor lasak. Setakat ni , semua comforter and bedsheet aku adalah 100% cotton. Pernah ada guna yang Silk. Dia kan licin , so kebarangkalian untuk aku jatuh katil adalah tinggi. Dah , takyah nak bayang aku tidor macam mana. Hahaha.
So , aku cakap kat mama. Takyah lah. Ramai gak orang borong , kitorang tahan nafsu je. Okay , aku tak bernafsu sangat. Then , mama ajak gi bahagian kain pasang. Again , bukan nafsu aku. Aku tak minat sangat material lembut-lembut ni , nak pergi mana pun . Takdenya nak duduk kat office/workshop pakai sutera kan. Hew hew hew. Baju kurung pun aku jarang pakai. Kecuali majlis tertentu.
So , beli untuk mama je , dua pasang. Nice. Sebab mama keje gomen , dia memang pakai baju kurung pun. Heheh
Dah setel bersutera , kita ke Pearl House plak. Area stadium bird nest tu . Ha , kat sini aku ada membeli sedikit barang kecantikan. Haha. Pearl Beauty Cream. Okay lah , siap promoter tu tersaiko dengan aku . Dia punyalah promote beli banyak-banyak dapat diskaun bagai. Aku stick nak banyak tu je. Tapi malangnya , dia dah terlepas offer free gift kat aku. Deal close ! Hehehe. Sorry ah amoi.
![]() |
Kalau tak jelita jugak , awas! |
Okay la , pakai tu. So far kulit aku okay je.
Dah selesai memborong di Pearl House tu , kita pergi plak Dr Tea , Tea House . Kedai jual teh china ni . Since Beijing ni pendapatan diorang adalah salah satunya Pelancongan , so dia memang jaga la bab-bab melayan pelancong ni. Kenapa aku kata macam ni , sebab , setiap tempat yang kita pergi tu , memang ada segmen-segmen dia . Kira kita masuk , terus dia bawak satu bilik untuk taklimat.
Sama macam kat kedai teh ni , dia bawak kitorang pergi satu balik untuk taklimat dan seterusnya jual teh. Dapatla merasa teh free. Macam-macam jenis , ada yang murah , ada yang mahal. ada yang super mahal . So end up , memang kitorang beli teh. Sebab tau , kat Malaysia susah sket nak dapat teh yang macam tu and harga pun sangat mahal. So belilah. Ada banyak jenis teh . Macam Oolong Teh ( untuk penghadaman , kecantikan ) , Jasmine Tea ( untuk minda and mata ) , Lytchee Tea ( untuk perut , biasanya org perempuan , pepaham je) , and Pu-er Tea ( teh paling mahal , macam gamba kat bawah tu , lagi lama lagi mahal)
![]() |
Ni teh... |
Acara yang ditunggu , pergi Acrobatic Show . Masuk ni , nak kena ada tiket ya. Aku kan , mati-mati ingat show biasa-biasa macam kat dataran tu ke. Rupanya , memang ada auditorium dia. Full house ! Patut la tour guide kitorang banyak kali pesan jangan lewat. Yang bestnya , masa masuk dalam tu , nak pilih seat. Selamber je kitorang duduk tengah. Sebab tengok kosong kan. Dah la depan sekali #oversangat. Sekali , ada usher datang bagtau , tengah tu seat tuk VIP ticket. Dah , meraban carik tempat duduk. Sib baik , ada kosong lagi depan-depan. -_-"
![]() |
Dah ade terpampang..haha |
Pastuh , show pun start. Okaylah , berjaya membuat aku kagum. Heh , aku ni , ko buat lebih sikit je aku dah kagum :p . Macam-macam la , dari timbang bola , guna gelung , guna kain pastuh ko gantung tangan , guna tangga , guna motor dan macam-macam lagi.
![]() |
Timbangan bola... |
![]() |
Basketball secara baring yer.. |
![]() |
Balancing guna tangga.. |
![]() |
Kekuatan badan... |
![]() |
Dan lagi... |
![]() |
Gegelung manusia |
![]() |
Motor2 berpusing |
![]() |
Para pelakon acrobatic |
Hasil rembatan hari kedua di Beijing :
![]() |
Sinchan suka 'ken-ching' haha. Dia bila kene air panas tu dia buat =)) |
![]() |
Syabas! |
Sambung next entry. Ok , bai!
No comments:
Post a Comment