Seperti yang kebanyakan rakan-rakan terdekat tahu, bahasanya saya bersama delegasi dua beradik telah menjejakkan kaki ke Tanah Krabi. Setelah 2 bulan perancangan, Alhamdulillah ianya diizinkan dan dipermudahkan oleh Allah. Amin.
Jadi pada tanggal 11 Januari 2013 berangkatlah kami 3 gadis ke tanah besar Krabi. Perjalanan bermula dengan kami bermalam di surau LCCT yang super sejuk. Open air, tapi sejuk. Sedikit menyesal tak pakai stokin dan tak bawak blanket. Sila take notes untuk next trip ya rakan-rakan.
Smartphone Waterproof Case
Flight kami seawal pagi 7.25. Jadi harus check-in sekitar 5 pagi. Dah selesai urusan bagasi dan imegresen. Sementara tunggu boarding, solat subuh kat surau dulu.
Our passport :)
Sudahnya, flight kami tiba tepat waktunya dan berlepas tepat pada waktunya. Masuk-masuk je dalam flight, tak sempat apa dah qada' tidor. Sampai termimpi-mimpi bau nasik lemak yang passenger lain makan. Ya, walaupun perut lapar tapi keinginan untuk mencukupkan tidor lebih penting. Nanti meragam kalau tak cukup tidur. Haha!
amik feel, sempat baca dalam flight. Pastuh...ZZzzzzzz
Sudahnya, kami selamat sampai ke Airport Antarabangsa Krabi jam 7.50 pagi waktu tempatan. Flight amik masa dalam 1 jam 15 min dari Kuala Lumpur ke Krabi. Dah sampai, terpesona dengan panorama (poyo ayat ni) tanah Krabi. Berbeza dengan Bangkok yang banyak bangunan. Krabi ni kalau nak ibaratkan kat Malaysia, macam Langkawi, Kelantan, Sabah , Sarawak. Sebab masih banyak lagi tanah hijau.
Dah selesai urusan imegresen dan pick up luggage, kitorang bertiga disambut oleh driver Aonang Princeville Hotel. Bangga kejap walaupun kat situ nama ayahnda kepada cik safra. Haha. Tapi ada kitorang kesah? Dan kejutan lagi, van yang jemput kitorang tu ala-ala VIP van. Tak sure brand ape. Tapi besar macam Alphard. Siap ada usb lagi kat seat. Kagum lagi.
excited jap, nampak signboard krabi depan mata :p
besar kan van kitorang??
Perjalanan dari Airport Krabi ke Pantai Aonang ambil masa dalam 30-40 minit. Ikut jalan kampung. Tak jam macam kota Bangkok. Dan sampai je kat Aonang Princeville, kitorang kagum lagi sebab exterior hotel tu sangat peace and calm. Bayangkan macam duduk dalam garden. Tenang.
ketibaan delegasi malaya ke krabi !
Dah selesai urusan check-in, welcome drink dia air Tamarind Sparkling aku syak. Sebab sedap. No worries. Hotel yang kitorang amik ni memang one of HALAL hotel at Krabi. No alcohol & pork-free. So, bercuti tanpa was-was.
kabo dah kan....
nak nanges bila 1st time check in...
And kitorang juga mintak wifi password. Ada cerita kelakar sikit tentang wifi. Since semua yang pergi kaki gadget. No internet means no life. Walaupun in holiday mood. Kitorang dapat satu password. So pakai la. Boleh log-in. Tapi sekejap-sekejap kena log out and log in balik. Sampai satu masa me and safra dah fed-up. Yang cik fatin lagilah terus tak boleh. Last-last baru kitorang perasan. "One password for on computer". Hahaha. Kekdahnya. Terus turun, mintak password lagi dua. Dapat!
rakan-rakan menjalankan aktiviti check in, aku bodyguard je. haha
bilik dapat upgrade Family Deluxe for free!! Thank you Aonang Princeville!
jangan risau, pintu tu boleh tutup. Actually teringat Hotel masa stay kat Bangkok first time, Siam Piman.Dia jenis tingkap. Haha! *memory*
view from our room
compulsory food for travellers!
our room ;)
Dah rilek-rilek, solat jamak. Turun carik makanan tengahari. Bandar Aonang ni, siang macam sunyi sikit. Tapi ada kedai-kedai yang bukak. Alhamdulillah, memang banyak Halal Restaurant. Pilih je nak yang mana. And harga semua sedang-sedang. Tak mahal. Affordable. So kitorang pilih ada one restaurant yang sediakan authentic Thai Food. Makan memang sedap. Harga semua sekali dalam RM100. Tu pun kitorang memang makan mewah. Air pun mewah.
jalan-jalan carik lunch
air yang sedap.
tomyam super sedap
super duper sedap calamari celup tepung!!
Dah setel makan, jalan-jalan kat Pantai Aonang. Amik feel. Then balik hotel untuk body massage. Package kitorang amik ni sekali dengan body massage. Boleh pilih nak Thai massage atau Oil massage. Kitorang pilih Oil Massage sebab tak larat nak patah riuk. Haha. And the massage was superb. Tunggu last entry. I'll give the package details.
Aonang Beach
Walking Street. Sini malam-malam happening
Damai :)
Lepas massage, rileks sekejap and turun for dinner. Dinner was fantastic. Tapi sayang, food banyak sangat. Portion dia buat untuk tiga orang. Huwaaa! Food sedap, but kenyang sangat. sad makanan wasted. dengan rasa bersalah juga :(
Body relax lepas massage.
Nice one :)
Ready for dinner. Romantik habis.
Starter. Tomyam
Starter jugak. Lepas tu berduyun. Tak larat amik gambo.
Lepas makan plan nak jalan-jalan. Last-last naik semayang, baring jap. Terus semua lalok. Amik keputusan tidur je. Esok baru jalan. Haha! Ni kes effect lepas massage ni.
End of day 1! To be continued :)
No comments:
Post a Comment