Part 3 : Tian Men Square , Forbidden City
Day 2 : Tian Men Square & Forbidden City
Tanpa membuang masa lagi , sebelum aku lebih lanjut hilang fokus . Jom aku sambung cerita trip to Beijing ni. Hehe
![]() |
Syahdu je suasana di pagi hari. |
So , pagi tu , Day 2, lepas je breakfast , Kul 7.30am kitorang semua dah start berkumpul dalam bas. Suasana kabus-kabus gitu. Sangat romantis I tell you . Tetiba terkenang chenta hati #eh saya di tanahair (haaaa..ehems) . Gedebak gedebuk , tunggu semua delegasi tiba . Mulalah perjalanan kami dengan dimulakan membaca doa naik kenderaan . *sambil betulkan tudung*
Sebab malam tadi sampai malam kan , mata pun dah stim stim ngantuk . Takde maknanya nak melihat panorama Kota Beijing kan . So ,bila dah cerah mata memandang ni , haruslah teruja ok . Jakun. Okay , kagum sebenarnya , sebab rata-rata rakyat Beijing ni , diorang jenis naik basikal. Kiranya , basikal adalah Raja Kenderaan kat Kota Beijing ni. Dan bandar diorang SANGAT BERSIH. Aku ulang eh , SANGAT BERSIH .
![]() |
Nampak tak banyak basikal tu adik-adik? |
Pokok-pokok bunga ros , selamber je tanam kat divider jalan tu. Kita nak dapat bunga ros punyalah sapai cameron bagai kan. Pastuh bila bawak balik , terus sekuntum mawar merah layu di tasik madu #amikkau. Dah tu plak , one thing la aku perasan kawasan Beijing ni , diorang fully occupied semua tempat yang ada. Macam bawah flyover kan ade space , diorang buat tu tempat letak parking berbayar. Takpun macam yard untuk diorang simpan kereta-kereta yang belum dijual.#kagum
Okay , jalan punya jalan . Dah sampai ke destinasi pertama . Tapi jap , sebelum sampai destinasi tu , adalah lalu satu kawasan tumpuan ni . Dia macam the biggest temple la . Tapi sekarang jadi tempat orang senaman macam tu. Taman riadah .
So , 1st place kitorang pergi adalah Tian Men Square. Tian Men Square ni kire macam kat tempat kita Dataran Merdeka la. Tempat rakyat jelata berkumpul kalau ade event kenegaraan. (apesal ayat aku macam skema ni) . Dekat situ ada Parlimen (Great Hall of People) diorang , ada National Museum dan juga tugu peringatan Mao Zedong . Oh ya , kat sini juga ada 'makam' Mao Zedong , which kita boleh tengok sebab mayat tu dah diawetkan. Cuma kitorang tak tengok. Dan kalau nak tengok kena beratur panjaaaangg sangat adalah dalam berjam-jam. -_-"
Masa ni , aku belum in mood nak bergambor..Aku kan tak ske bergambor. Tapi bila pikio-pikio balik. Eh , nnt rugi lah. Haha. Tak leh tunjuk kat chenta hati .."yang , I dah sampai sini tau.." #silamuntahhijau. Pastuh takleh nak berlagak ngan anak-anak yang mommy dah pegi china. Kalau cerita je , harus diorang ingat dongeng semata. Haha. #alasantakbolehblah
![]() |
Ni National Museum. Super Besar |
![]() |
Ada Parlimen dan Kawasan Tugu Peringatan |
Lepas dah lepak-lepak kat Tian Men Square ni , aku tak cite panjang , aku just linkkan kat Wikipedia ya. Korang sila tambah ilmu pembacaan. *wink*. Lepas tu kitorang terus gerak ke Forbidden City . Wah wah . Sangat teruja , sebab tetiba rasa macam Justice Pao , Fong Sai Yuk macam tu kan. Selalu tengok dalam TV je. Nak masuk ni , kena seberang jalan. Guna tunnel .
![]() |
Ready nak masuk Forbidden City! |
Tunnel diorang ni , seriously tak macam tunnel kita. Sangat bersih and secure. Oh haa , kat sini , polis merata-rata ok. CCTV juga bersepah. So , crime diorang sangat rendah. Setahun tak sekali la jadi. Sebab kalau ade crime , contoh la , peragut ke , hukuman dia potong tangan. So , rakyat dia sangat patuh kepada undang-undang. Ni tour guide citer , kalau dia tipu , kire aku tipu korang jugak -_-"
![]() |
Sila Baca |
Dah selamat sampai kat Forbidden City. Ada tiket tau. Tapi sebab kitorang gi ngan package , semua dah siap. Tinggal masuk je. Memula je masuk , sangat la teruja lagi . Sebab sebijik woooh macam dalam TV. #haruslah kan? Hehe. Tour dalam ni around Sejam setengah je. Tu pun separuh , sebabnya , kalau nak sampai ke hujung kawasan , memang tak balik le. Keluasan kawasan ni adalah 720 ,000 m2 . Sila bayang sendiri.
![]() |
Cantek kan?? |
Ada banyak bahagian ; rumah pengawal , gudang , gudang makanan , rumah hukuman , rumah gundik dan banyak lagi. Dalam ni ada 999,999 bilik. Termasuk untuk gundik-gundik raja. Nak tau gundik tu apa ,sila google sendiri . Hehe.Tapi seronok dengar cerita pasal gundik-gundik yang cuba menawan hati raja ni. Haha.
Bila masuk dalam ni , sah la rasa macam dalam drama cina . Bak kata Wan Safra juga. Haha. Boleh tahan la nak berjalan . Tapi berenti tetiap post . Dan bergambar.
![]() |
Heart Melting~ |
Dan seterusnya , memang kami hanya bergambar. Hehe.
Okay , done with Tian Men Square & Forbidden City . Next kita pergi lunch , kilang sutera & pearl house.
Jumpa lagi next entry yang tah bila aku nak sambung . Hehe.
No comments:
Post a Comment