Day 2, 12 January 2013 - Saturday
Program bermula dengan solat subuh. Hehe, sana subuh awal. Actually sama je, sebab sana 1 jam awal. So jadi awal la kan. Program Day 2 ni memang tour island. Dari pagi bawak ke petang.
|
Our very first breakfast. |
|
Peaceful |
Buffet breakfast kat hotel. Halal food. Jangan risau. So amik feel omputih, kitorang decide nak breakfast kat pool. Serious best! And ada counter buat macam-macam jenis telur. Nak jadikan cerita yang aku ni kan pencinta telur. Tapi bak kata cik safra, statement tu macam kontroversi, so kita bagi ayat sedap sket. "Kami pencinta telur yang telah dimasak dan dicuci" . Okay, tak kelakar.
|
Pastry memang super & salad juga! |
Aku ni nak order la telur mata kerbau. Jenuh la duk memikio apa ayatnya. Last-last order omellete. Hahaha. Bila dah dapat terus tanya soalan kat cik safra, "camne nak kata telur mata kerbau dalam omputih ek?" Hahahaha! Rupanya, sunny side up..okay. new lesson!
Yang dua beradik ni, pencinta
pastry betul. Semua pastry diorang tibai. Tapi memang sedap. Dalam kul 8 lebih macam tu, ada pick up van amik kitorang untuk tour island. Naik van ni campur-campur ngan orang lain. Kira macam untuk satu boat.
|
Pick up van |
|
Love shape tree :) |
|
Centara Resort |
Dah sampai kat Naporathara Bay ni kira macam jetty. Walaupun takde jetty. Jenis boat park tepi pantai je. So naiklah kami beramai-ramai ke atas boat. Besar sket dari speed boat. Total manusia, tak ingat. Tapi tak ramai sangatlah. Just nice. Pastuh gerak lah kami singgah ke tempat lain amik passenger. Dan pastuh terus gi Bamboo Island. 1st pit stop. Masa sampai, memang kagum. Sebab tempat dia cantik. Bermandi mandalah kami disitu.
|
Bamboo Island |
|
Clear sea & sky! |
2nd pit stop, Phi Phi Lay. Ni tak turun. Sebab banyak sangat boat and bukan tempat sesuai untuk turun..ni tempat snorkeling. Tempat ni cantik. Dia macam bilik. Satu jalan masuk dan keluar.
|
Phi Phi Leh |
|
Phi Phi Leh |
Pastuh, pergi Maya Bay. Tempat ni penuh dengan manusia sebab ni la tempat citer The Beach. Leonardo D' Caprio mai berlakon. Bak kata tour guide kitorang , " Because of The Beach, everything is this world coming here". Haha. Yer la, tempat tu biasa je...lawa lagi Bamboo Island. Tapi sebab femes, penuh manusia. Kitorang tak turun, sebab ramai sangat org. So, lepak atas bot. Amik gamba je.
|
Maya Bay |
|
Ramai manusia...manusia...manusia... |
Dah tu, pergi tak jauh sangat..1st check point untuk snorkeling. Okay, FYI 1st time aku snorkeling. perasaan...cuak la. Memula tu okay, pastu bila dah start menyelam...humang aaihhh...dalam giler. Terus gayat. Hahaha. Tapi okaylah, cuma...snorkle aku ngan cik fatin ni tak membantu langsung..dah la masuk air pastu gogle kabus. Haha.
Lepas tu...jalan lagi...2nd pit stop untuk snorkeling. Kali ni cik fatin tak turun. Sebab dah seasick. Aku ngan cik safra menyelam lagi. Nama tempat ni Shark Point. Yang bestnya, dia bagitau time kitorang dah terjun. Tapi pastu dia bagitau, nama je...shark takde pun. Fine! Yang ni..tempat dia best..yang tak best...OMBAK JAHAT! Kuat..sebab dia tengah-tengah...then bila boat lalu..ombak macam apa...merasa gak telan air laut krabi ni. Yang tak larat..asal berenang nak gi kat boat..makin hanyut. Last-last dah give up tak sampai-sampai...angkat tangan..crew diorang tarikkan. Hahaha. Time tu cik safra ingatkan aku lemas. :p
|
Bersantai atas kerusi 40bath! |
|
Map of Phi Phi Island |
Last pit stop...kat Phi Phi Don. Bukan ustaz Don punya yer. Ni berenti untuk makan. Provide in the package. Buffet halal food. Okay la food dia. Then dah sudah makan..lepak-lepak. Situ ada banyak kerusi...so kitorang pun sedap landing. Tetiba ade orang datang..."One chair 40 bath". Hahaha. Kena bayor ok..so kitorang pun bayor je la..malas banyak cerita. Lagipun tempat tu best. Patut pun tempat tu takde orang duduk...kena charge. Sempat lelap jap. Sebab berenti kat situ dalam 2 jam. Dah sudah tu..jalan-jalan carik jajan. Balik ke pangkal jalan.
|
it's HALAL :) |
|
View of Phi Phi Don |
On the way balik...tidur atas boat. Sebab amik masa dalam 40 minit ke tanah besar. Sedar-sedar je tour guide kata dah sampai Phuket. hahaha! Pandai buat lawak. Then balik hotel...dengan naik van ala-ala tuk tuk version besar yang mencabar. Sempat dia drift kat roundabout.
|
Kecemasan Tsunami |
Balik mandi..relax jap. Turun gi walking street Aonang. Beli souvenir...banyak gak borong. Kitorang target satu kedai ke.sebab dia memang bagi murah. Kat sana kena pandai tawar jugak..normally tshirt boleh dapat dalam 110 bath untuk kualiti cantik. Diorang letak ada yang mahal gak..kena pandai tawar :)
|
Banana Pancake. Must try! |
|
Sunset ;) |
|
Seafood Dinner |
Dah sudah shopping..terus dinner. Pun banyak macam semalam. Cuma kali ni seafood. So okay la..sedap memang sedap! Dah dinner..naik bilik solat...then terus turun gi jalan lagi. Sini malam memang happening. Halal food merata-rata. Pandai carik je. So far semua pun sedap :)
|
Night walking street |
|
Soaps |
|
Cute salt & pepper shakers! |
|
Street art :) |
|
Potato Twist! Halal hawker food everywhere :) |
Balik hotel..tidur.
Day 3. 13 January 2013 - Sunday
|
Telur mata idaman kalbu :) |
Breakfast macam biasa...kali ni dah boleh order telur mata kerbau. Tu pun cik safra orderkan. Hahaha! Aku ngan safra decide nak massage lagi. So amik la last massage...aku amik foot massage and safra amik back & neck massage. Memang superb. Sana murah. Full body massage harga 400bath. Kalau foot massage 200 bath untuk sejam. Tu standard hotel, kalau yang kedai tepi jalan lagi murah.
Dah massage, siap packing semua, check out. Ada van datang amik and hantar gi airport. Check in bag..relax jap. Baru boarding. Airport Krabi kecik je..so tak amik masa lama. Macam check in..naik atas terus tempat boarding.
Alhamdulillah, safely landed on time!
And that's the 1st journey of us for 2013. Coming soon, Lion City !!
Dear, selain sunny side-up, bulls-eye egg pun boley~ ahaks~ :))
ReplyDeleteooo ok. just direct translation rupanya. haha ! Thanks dear :))
Deletewahhh..berapa package? and details..huhu
ReplyDeleteUnknown,
DeleteLink ada kat sini :)
http://cik-lily.blogspot.com/2013/02/halal-travel-package-krabi.html