Wednesday, May 23, 2012

Suka Makan : Shanghai 10 @ The Food Tree (Halal Dim Sum)

Okaylah , nak dijadikan cerita kes mengidam berminat nak makan dim sum ni sejak Team JJMS (Jalan-Jalan Makan Saja) terjebak dengan groupon dan segala yang berkaitan. Tapi hakikatnya , tak pakai pun kupon tu , I mean , tak beli pun kupon tu , tapi redah je la kedainya.

Berpandu arah kepada hasil carian Incek Google , dapat lah godek balik nama tempat tu . Terer incek google ni , rasa nak masuk meminang je. #eh. Nama kedai tu , Shanghai10@The Food Tree , lokasinya kat Glenmarie , Shah Alam.

Saya selaku ketua rombongan tapi hampeh sesat jugak , sampai lambat , salahkan GPS yang rabun malam-malam (sesi salahkan diri sendiri yang memang rabun malam) , pun pergilah dengan Team JJMS selepas waktu berkerja. Jumlah 4 kereta tak silap . Kononnya , nak meneman Puan Naim dan Mek Sue berbuka kan.

Kedai ni area-area kilang , so agak terpencil . Kawasan kedai menarik , kira cozy lah kan. Memula sampai macam dah excited  "Ohhh..best best" (biasalah bebudak yang tak berapa nak remaja ni) . Masuk dalam pun , fuuhh..cantek tempat dia. Macam restoran kat hotel . Kelas kata kau.



Puan Naim dan hubbynya dah selamat makan pun . Tak sure berapa bekas diorang dah makan (kene cek balik resit nih) , Saya , Mek Sue , Puan Yana dan anaknye baby Dhia terus duduk dan order .

Eh , part ni sudah sedikit tak best sebab , TAK BANYAK pun menu dim sum dia. Banyak menu ala-carte yang lain macam Nasi goreng , mee Goreng , Mee sup dll... -_-"

Takpelah , sebab lapar jugak . Order fried Dry Tofu with shrimp n cheese ( Pucuk Tahu Goreng ngan udang n cheese) pastuh Beef Noodle Soup . Yang Puan Yana order Char Kuey Teow ngan Dim Sum with light sauce , yang Mek Sue plak order Fried Noodle #apatahnama ngan air #apatahnama jugak.



Sementara tunggu makanan tu , kitorang pun nak pergilah solat. Atee..kata maghribkan time tu. Saya pun , pergilah tanya kat kaunter cashier tu , mamat bangla ke nepal tah.

" Excuse me , may I know where's the prayer room , surau?" (Oh My English!)
" Sorry mdm (madam kaauu..) , we dont have any prayer room here.....(dia pause kejap sebab I dah buat muka *WTH?? takde surau???* but I can make one for you...sekejap (pandai jugak ko cakap melayu)"
"Okay.."

Mamat tu pun bawaklah kitorang gi satu bilik function , glass room ni. Bukak kan lampu and aircond semua , pastuh tanya kitorang ade tak bawak "Muslim cloth" , maksud dia telekung..sib baik aku cepat pickup. Saya cakap ade (eh kejap aku kejap saya) , cuma mintak dia kain hampar dan buat sejadah. Nasib ada kain lapik meja yang bersih , so hampar la buat sejadah.

#Fail 1: Premis tiada kemudahan surau 

Selesai episod , surau ad-hoc tu . Kes nak pergi amik wudhu skali lah dengan bersuci. Gi toilet lah kan. Toilet gempaq , bersih terbaik. Tapi malangnya. Dalam toilet takde HOS mahupun Kepala Paip hatta luar toiet bowl mahupun dalam toilet bowl. Yang ada. Toilet Tissue paper. Nak nanges masa ni..wuwuwuwuw. Keluar masuk toilet pergi sink , duk memikio ape barang nak guna wat gayung . Pun takde . Last-last pergi balik bilik tadi , ada air mineral dia susun-susun atas meja . Aku amik jek , nasiblah ! Selesai bab bersuci , time nak amik wudhu pun azab jugak. Sink sket punya tinggi , time nak basuh kaki tu , dah macam kung fu dah. Mujur dulu ada basic martial arts. Hahaha. #tetiba

#Fail 2 : Toilet takde pipe!

Dah selesai solat semua , dah la kiblat pun kene carik sendiri. Aku gi singapore ngan bangkok pun ada tempat tunjuk arah kiblat. Huhuu. Takpelah , sib baik ada Baby S2. Berguna jugak compass dia. #berbaloi. Pastuh tiba time makan. Ni lagi satu kesedihan sebab tofu yang saya order tu. Wuwuwuwu..kecut . Dan membuat spekulasi , sejuk kot kene kipas angin! hahaha.

Yang noodle tu pun , maggi sup 2 minit tu lagi sedap kot. Try rasa fried noodle Mek sue pun dia kata kureng , char kuey teow Puan Yana pun kureng katanya . Dim Sum okay la , tapi kecut. Huhu. Tak puas makan.

Lagi best , Dak Farid ( sebab dia paling muda dan kecik kita panggil budak ye) order Double Fish Fried Rice , skali tengok nasik goreng cina biasa and adelah beberapa ketul IKAN BILIS. Haha. Kesian. Yang sedap sket , dessert dia lah. Okay laa....not bad.

harap ni je sedap.....
Makan-makan , sembang-sembang hal orang muda . Mintak bill -- RM 191.40. Mahal gak laa kot. 6 orang makan. Huhu. Pastuh macam perut tak padat. Haha

#Fail 3 : Makanan not so nice

Apepun , berakhir sessi merasa makanan. Tak rasa kita tak tau kan. But not so recommended lah tempat ni . Tak mesra alam sangat . Pas nih carik makan tempat lain lak !

Balik tu tak terus balik , singgah Uptown Shah Alam first time. Nama je orang shah alam...nak carik barang. Tu cerita next round ! :)

By the way , ni alamat restaurant tu. Mana tau if korang nak try plak :)

No.10, Jalan Pelukis U1/46, Section U1, Temasya Industrial Park Glenmarie, Shah Alam, 40150 Selangor. Tel: 03-5566 8093.



Star Rate : 

2 comments:

  1. Lets Check out New Look & Taste at The FOODtree Restaurant Glenmarie - 2016

    ReplyDelete
  2. Lets Check out New Look & Taste at The FOODtree Restaurant Glenmarie - 2016

    ReplyDelete