Showing posts with label Jalan-Jalan Makan Saja. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan Makan Saja. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

Suka Makan - Kelantan Delights

Suka Makan : Episode 1 - Kelantan Delights

Okay, KD (Kelantan Delights) adalah salah satu restoran yang tersenarai dalam list "best of the best" untuk selera  family aku. So far, memang akan datang sini kalau teringin nak makan Udang Masak Petai or Kueh Lopes.


Cumanya, harganya terus terang aku khabokan di sini agak pricey. TETAPI tempat dia sangat eksklusif dan selesa and OKU friendly. Thumbs up!



Lokasi adalah bersebelahan dengan Subang Parade dan juga berhampiran dengan Empire Subang. Parking senang. Just masuk dekat Wisma Consplant 1 or 2 atau kalau rajin nak jalan sikit boleh parking dekat Subang Parade.OKU Friendly sebab ada wheelchair ram.
Som Tam ( masam sikit)
Now masuk kepada food taste. Sedap. Especially traditional food. Macam masak singgang, masak lemak nenas ikan masin, udang petai, daging halia and so on.

Belut Goreng Berlada. Super awesome!
Kelantan traditional food macam laksam, nasik kerabu, nasi tumpang pun sedap.

Outer view of Nasi Tumpang
Rupa paras Nasi Tumpang
Char Kuey Teow. Nice!

Laksam (kuah belut) . Awesome serunding

Nasi Kerabu with Ayam Percik

Desserts macam Kueh Lopes tu menu wajib. And lompat tikam. ABC pun sedap.

Kuih Lopez

Lompat galah Tikam

And must try Teh Goyang. Tak tawar, tak manis sangat. Just nice macam kata Nabil Ahmad.

Legendary Teh Goyang

Untuk lunch, diorang ada offer RM5 ( pinggan kecik)/  RM15 (pinggan besar) satu pinggan, ikut suka nak bubuh lauk apa dalam 1 pinggan tu. Kalau hangpa pandai susun lauk, memang untung! 

Overall Rate : 4/5 Stars (kurang satu star sbb pricey..hahaha)

Info selanjutnya adalah seperti berikut :



SUBANG JAYA BRANCH:

Ground Floor East Wing
Wisma Consplant 1
No 2 Jalan SS16/4
47500 Subang Jaya 

GENERAL LINE 
+ 603 5611 7845

OPENING HOURS  11am - 11pm


Tuesday, May 29, 2012

Suka Makan : Wondermilk Wondermilk ! Kami datang !

Dulu , selalu dengar je orang citer la...orang citer cupcakes kat Wondermilk ni sedap. Memula dengar wondermilk , terus otak interpret Wonderpet. -_-" Maaflah , aku ni badan je besor otak macam bebudak. Kartun je ingat. Haha

Aku ni bukanlah pencinta makanan manis macam kek dan sebagainya. Puding , jelly aku sukalah , jenis sejuk je  masuk mulut , telan . *dasar pemalas* . Kek ni tak semua lah . So , nak dijadikan cerita , ada skali tu , setelah diinfluence oleh Miss Yen , maka kami pun makanlah kat Wondermilk  ni. yang bertempat di Citta Mall . Area Ara Damansara tu . Cool lah tempat tu , oh ya , tempat tu diperkenalkan oleh adik saya Miss Nurul .

Situ memang tempat makan je. Kepada Pecinta makanan , silalah ke sana. Gerenti tak menyesal ! :p

So , makanlah Cup Cake yang digembar gemburkan sedap tu . Alhamdulillah , masa memula pergi tu ada lagi Red Velvet . So makanlah dengan girangnya. Sedap. Sebab cheese kan , masam-masam.

Half-Half , mine and Puan Naim's ;p


Kekdahnya , semalam teringin nak makan cake dan kopi (bajet stress) , ajak-ajak Puan Naim ni , sekali dia berbesar hati nak ikut gak. Maaflah , sebab ajak awak pergi menggemukkan badan ye. So sampai ke destinasi yang sama . Tapi frust , banyak yang best dah habis. Nak-nak Red Velvet tu. so amik la beberapa jenis yang lain. Tapi kan , rasa semalam cake dia macam extra manis plak. Wuwuwuw. Tapi sebab aku minum ngan long black coffee so kurang sket kemanisannya.

Superbeef & Fries ! Awesome !

Side order (kelass) adalah Superbeef & Fries. Sumpah sedap. Dan kenyang , dan menggemukkan juga. Heh. Makan-makan , gebang-gebang , lepas magrhib tu pulang ke pangkal jalan.

Kesimpulannya , saja nak habaq , best makan cake sekali sekala sambil berkak nam :p


Yours Truly :)


Lot G-48 Citta Mall, Jalan PJU 1A/48, Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-78317296


Jumpa lagi episod JJMS akan datang ! Bye !

Thursday, May 24, 2012

Suka Makan : Serai , Empire Subang

*tangan beku nak taip - tu pun nak citer kan? hehe*

Assalamualaikum geng!

Sekarang ni tengah ON mood nak update cerita pasal makanan je kan. Heh , kata sejak tertubuhnya Team JJMS ni kan. Semalam , tanpa plan saya dan Cik Luthiyen telah food tasting kat SERAI @ EMPIRE SUBANG.

Actually dah lama dah aim kedai ni sebab selalu tengok pun macam meriah je restaurant dia . Tapi malangnya , if pergi weekend selalu pack. So we all tak suka kedai semak-semak ngan orang sangat ni. Semalam , park kat Subang Parade kononnya nak carik barang lah kan. Sebab dah kebulur teramat sangat , kitorang gerak ke Empire . Jalan-jalan , tengok tak ramai sangat. Maybe awal dalam kul 7 lebih . So masuk lah restoran ni.

1st impression , memang terbaek. Serve pun okay . Kira dia guide kita sampai ke tempat duduk bagai. And kawasan tempat makan pun cozy. Lepas dah kagum-kagum tu , start ordering.

Sudu dia best :p
Menu dia , not bad. Banyak choice. Ada malay food , western , pasta , dessert , salad and etc. Pasal price plak , saya admit agak pricey lah. Tapi standard lah kan tempat macam tu.

So setelah belek-belek menu , saya order Serai Platter , Ice water & Earl Gray Tea . And Cik Luthiyen plak order , Nasi Ulam  + Serai Ice Tea. And kitorang order Pavlova as dessert .

Nasi Ulam - Yen's


Serai Platter - Lily's

Sementara tunggu makanan sampai , saya chow jap gi surau . And best , surau Empire memang best. Besar and selesa. Thumbs up Empire ! Subang parade , sila teladani Empire please. Surau anda kecil sangat :(

Serai Ice

Dah selesai solat , tengok makanan dah sampai. Cik Luthiyen kata , servis sangat cepat . Okay bagus , bermulalah kami sessi merasa makanan. Saya punya Serai Platter , adalah terdiri daripada Oxtail asam pedas , Honey Squid , Ayam goreng berempah , acar. While Cik Luthiyen punya nasi ulam , serves with Ayam Panggang , Acar and Keropok Ikan. Portion sangat besar boleh share dua orang. Food taste , best . Kira berperisa lah . Berbaloi kalau bayar dengan harga tu . Bak kata Yen , nasi ulam sungguh rasa keulaman. Haha! Oh lupa , ada juga order Asparagus Belacan. Terbaik!

Asparagus Belacan

Dah sudah main course , time for dessert. Pavlova. The taste? Rasa macam bila makan tu pejam-pejam mata nak nangis "oishii' . Sedap sangat. Rasa nak bangun buat standing obviation *okeyh , over* . tapi memang series sedap. Tak manis sangat meringue tu . And krim masam-masam , fruit masam-masam manis. Thumbs up!
Pavlova!


Sambil layan ice water and hot tea. This place are recommended ! Tapi kalau korang nak open table tu , bawak pitih lebih sikit la na. Haha.

Choices of desserts!! :)


For more info : 


LG37, Empire Shopping Gallery,
Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya.
Tel : 03 - 5611 3200

Star rate : 

Wednesday, May 23, 2012

Suka Makan : Shanghai 10 @ The Food Tree (Halal Dim Sum)

Okaylah , nak dijadikan cerita kes mengidam berminat nak makan dim sum ni sejak Team JJMS (Jalan-Jalan Makan Saja) terjebak dengan groupon dan segala yang berkaitan. Tapi hakikatnya , tak pakai pun kupon tu , I mean , tak beli pun kupon tu , tapi redah je la kedainya.

Berpandu arah kepada hasil carian Incek Google , dapat lah godek balik nama tempat tu . Terer incek google ni , rasa nak masuk meminang je. #eh. Nama kedai tu , Shanghai10@The Food Tree , lokasinya kat Glenmarie , Shah Alam.

Saya selaku ketua rombongan tapi hampeh sesat jugak , sampai lambat , salahkan GPS yang rabun malam-malam (sesi salahkan diri sendiri yang memang rabun malam) , pun pergilah dengan Team JJMS selepas waktu berkerja. Jumlah 4 kereta tak silap . Kononnya , nak meneman Puan Naim dan Mek Sue berbuka kan.

Kedai ni area-area kilang , so agak terpencil . Kawasan kedai menarik , kira cozy lah kan. Memula sampai macam dah excited  "Ohhh..best best" (biasalah bebudak yang tak berapa nak remaja ni) . Masuk dalam pun , fuuhh..cantek tempat dia. Macam restoran kat hotel . Kelas kata kau.



Puan Naim dan hubbynya dah selamat makan pun . Tak sure berapa bekas diorang dah makan (kene cek balik resit nih) , Saya , Mek Sue , Puan Yana dan anaknye baby Dhia terus duduk dan order .

Eh , part ni sudah sedikit tak best sebab , TAK BANYAK pun menu dim sum dia. Banyak menu ala-carte yang lain macam Nasi goreng , mee Goreng , Mee sup dll... -_-"

Takpelah , sebab lapar jugak . Order fried Dry Tofu with shrimp n cheese ( Pucuk Tahu Goreng ngan udang n cheese) pastuh Beef Noodle Soup . Yang Puan Yana order Char Kuey Teow ngan Dim Sum with light sauce , yang Mek Sue plak order Fried Noodle #apatahnama ngan air #apatahnama jugak.



Sementara tunggu makanan tu , kitorang pun nak pergilah solat. Atee..kata maghribkan time tu. Saya pun , pergilah tanya kat kaunter cashier tu , mamat bangla ke nepal tah.

" Excuse me , may I know where's the prayer room , surau?" (Oh My English!)
" Sorry mdm (madam kaauu..) , we dont have any prayer room here.....(dia pause kejap sebab I dah buat muka *WTH?? takde surau???* but I can make one for you...sekejap (pandai jugak ko cakap melayu)"
"Okay.."

Mamat tu pun bawaklah kitorang gi satu bilik function , glass room ni. Bukak kan lampu and aircond semua , pastuh tanya kitorang ade tak bawak "Muslim cloth" , maksud dia telekung..sib baik aku cepat pickup. Saya cakap ade (eh kejap aku kejap saya) , cuma mintak dia kain hampar dan buat sejadah. Nasib ada kain lapik meja yang bersih , so hampar la buat sejadah.

#Fail 1: Premis tiada kemudahan surau 

Selesai episod , surau ad-hoc tu . Kes nak pergi amik wudhu skali lah dengan bersuci. Gi toilet lah kan. Toilet gempaq , bersih terbaik. Tapi malangnya. Dalam toilet takde HOS mahupun Kepala Paip hatta luar toiet bowl mahupun dalam toilet bowl. Yang ada. Toilet Tissue paper. Nak nanges masa ni..wuwuwuwuw. Keluar masuk toilet pergi sink , duk memikio ape barang nak guna wat gayung . Pun takde . Last-last pergi balik bilik tadi , ada air mineral dia susun-susun atas meja . Aku amik jek , nasiblah ! Selesai bab bersuci , time nak amik wudhu pun azab jugak. Sink sket punya tinggi , time nak basuh kaki tu , dah macam kung fu dah. Mujur dulu ada basic martial arts. Hahaha. #tetiba

#Fail 2 : Toilet takde pipe!

Dah selesai solat semua , dah la kiblat pun kene carik sendiri. Aku gi singapore ngan bangkok pun ada tempat tunjuk arah kiblat. Huhuu. Takpelah , sib baik ada Baby S2. Berguna jugak compass dia. #berbaloi. Pastuh tiba time makan. Ni lagi satu kesedihan sebab tofu yang saya order tu. Wuwuwuwu..kecut . Dan membuat spekulasi , sejuk kot kene kipas angin! hahaha.

Yang noodle tu pun , maggi sup 2 minit tu lagi sedap kot. Try rasa fried noodle Mek sue pun dia kata kureng , char kuey teow Puan Yana pun kureng katanya . Dim Sum okay la , tapi kecut. Huhu. Tak puas makan.

Lagi best , Dak Farid ( sebab dia paling muda dan kecik kita panggil budak ye) order Double Fish Fried Rice , skali tengok nasik goreng cina biasa and adelah beberapa ketul IKAN BILIS. Haha. Kesian. Yang sedap sket , dessert dia lah. Okay laa....not bad.

harap ni je sedap.....
Makan-makan , sembang-sembang hal orang muda . Mintak bill -- RM 191.40. Mahal gak laa kot. 6 orang makan. Huhu. Pastuh macam perut tak padat. Haha

#Fail 3 : Makanan not so nice

Apepun , berakhir sessi merasa makanan. Tak rasa kita tak tau kan. But not so recommended lah tempat ni . Tak mesra alam sangat . Pas nih carik makan tempat lain lak !

Balik tu tak terus balik , singgah Uptown Shah Alam first time. Nama je orang shah alam...nak carik barang. Tu cerita next round ! :)

By the way , ni alamat restaurant tu. Mana tau if korang nak try plak :)

No.10, Jalan Pelukis U1/46, Section U1, Temasya Industrial Park Glenmarie, Shah Alam, 40150 Selangor. Tel: 03-5566 8093.



Star Rate :