Thursday, May 24, 2012

Suka Makan : Serai , Empire Subang

*tangan beku nak taip - tu pun nak citer kan? hehe*

Assalamualaikum geng!

Sekarang ni tengah ON mood nak update cerita pasal makanan je kan. Heh , kata sejak tertubuhnya Team JJMS ni kan. Semalam , tanpa plan saya dan Cik Luthiyen telah food tasting kat SERAI @ EMPIRE SUBANG.

Actually dah lama dah aim kedai ni sebab selalu tengok pun macam meriah je restaurant dia . Tapi malangnya , if pergi weekend selalu pack. So we all tak suka kedai semak-semak ngan orang sangat ni. Semalam , park kat Subang Parade kononnya nak carik barang lah kan. Sebab dah kebulur teramat sangat , kitorang gerak ke Empire . Jalan-jalan , tengok tak ramai sangat. Maybe awal dalam kul 7 lebih . So masuk lah restoran ni.

1st impression , memang terbaek. Serve pun okay . Kira dia guide kita sampai ke tempat duduk bagai. And kawasan tempat makan pun cozy. Lepas dah kagum-kagum tu , start ordering.

Sudu dia best :p
Menu dia , not bad. Banyak choice. Ada malay food , western , pasta , dessert , salad and etc. Pasal price plak , saya admit agak pricey lah. Tapi standard lah kan tempat macam tu.

So setelah belek-belek menu , saya order Serai Platter , Ice water & Earl Gray Tea . And Cik Luthiyen plak order , Nasi Ulam  + Serai Ice Tea. And kitorang order Pavlova as dessert .

Nasi Ulam - Yen's


Serai Platter - Lily's

Sementara tunggu makanan sampai , saya chow jap gi surau . And best , surau Empire memang best. Besar and selesa. Thumbs up Empire ! Subang parade , sila teladani Empire please. Surau anda kecil sangat :(

Serai Ice

Dah selesai solat , tengok makanan dah sampai. Cik Luthiyen kata , servis sangat cepat . Okay bagus , bermulalah kami sessi merasa makanan. Saya punya Serai Platter , adalah terdiri daripada Oxtail asam pedas , Honey Squid , Ayam goreng berempah , acar. While Cik Luthiyen punya nasi ulam , serves with Ayam Panggang , Acar and Keropok Ikan. Portion sangat besar boleh share dua orang. Food taste , best . Kira berperisa lah . Berbaloi kalau bayar dengan harga tu . Bak kata Yen , nasi ulam sungguh rasa keulaman. Haha! Oh lupa , ada juga order Asparagus Belacan. Terbaik!

Asparagus Belacan

Dah sudah main course , time for dessert. Pavlova. The taste? Rasa macam bila makan tu pejam-pejam mata nak nangis "oishii' . Sedap sangat. Rasa nak bangun buat standing obviation *okeyh , over* . tapi memang series sedap. Tak manis sangat meringue tu . And krim masam-masam , fruit masam-masam manis. Thumbs up!
Pavlova!


Sambil layan ice water and hot tea. This place are recommended ! Tapi kalau korang nak open table tu , bawak pitih lebih sikit la na. Haha.

Choices of desserts!! :)


For more info : 


LG37, Empire Shopping Gallery,
Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya.
Tel : 03 - 5611 3200

Star rate : 

1 comment: