Showing posts with label Product Review. Show all posts
Showing posts with label Product Review. Show all posts

Tuesday, June 24, 2014

[KIOSK] Bajet Pes Masakan Serbaguna - Shah Alam



Honestly, saya memang guna pes ni pun. Untuk simple cooking, paling penting bila time orang tetiba datang rumah. Makanan boleh siap cepat & jimat.

Highly recommended untuk working mom & ladies, or yang bujang jenis spesis tak makan kat luar pun okay gak. Boleh buat masak macam-macam. Kaedah nye, kita skip acara memotong bawang untuk menumis dan sebagainya. Rasa masin, manis, pedas, masam dia dah cukup. 


Boleh buat mee goreng, char kuey teow, spaghetti bolognese, sambal tumis and macam-macam lagi. Kalau nak pedas, lebihkan pes. Biasa untuk mee goreng 1 packet 400gm pakai pes dalam 1 sudu besar.


Sambal tumis paling senang, goreng ikan bilis or udang. Toskan then kalau ada bawang besar, boleh masukkan, masukkan pes, tambah cili boh or sos cili, masukkan ikan bilis or udang tadi. Siap!


Kalau berminat nak beli boleh whatsapp 0173617846 ^_^. Satu botol 500gm - RM10 (C.O.D), if nak beli banyak harga boleh kaw time ^__^



Friday, September 13, 2013

Day 4

nothing much different. cuma aku rasa lebih bertenaga dari biasa. Cukup vitamin dan kasih sayang gamaknya. Hahaha!

Proses perkumuhan plak pun aku tak reti nak beza, sebab aku memang takde masalah pencernaan, penghadaman ataupun perkumuhan.

Semoga segalanya baik saja.

Oh. Selamat hari Jumaat! :)

Thursday, September 12, 2013

Sedap

Baru dua hari. Cuba produk baru. Taknak reveal nama produk. Sampai betul-betul berhasil.

Tapi nak buat diari review.

Day 1 :

Petang tu baru try segelas. Cik P yang sebelum ni segan-segan nak datang, stress gamaknya, malam tu datang pulak. Dah suspen. Standard time-time macam ni dah start berguling. Tapi macam takda. Sengal-sengal ngilu tu. Adatlah kan.

Day 2 :
Pagi minum setengah gelas. Alhamdulillah, kedatangan Cik P kali ni tak banyak songeh. Maintain okay sampai malam. Siang pun okay, takde simptom malas di tengahari.

Malam sebelum tido, minum setengah gelas. Minuman slimming paling sedap aku rasa. Sebab aku ni pun payah nak minum ubat. Aku ni kedekut. Minum setengah-setengah je. Jimat.

Day 3 :
Pagi macam biasa. Senang bangun.

Nanti aku sambung. Perubahan ketara setakat ni takde lagi. Kulit gelap macam biasa. Pinggang pun maintain lebar lagi. hahah

Friday, March 15, 2013

Samsung Galaxy S4 - Welcome to the world :)


Finally, after few rumors at last keluar jugak Samsung Galaxy S4. After do some research on the net, nak physically tu memang belum la kan since pengedaran dijangkakan bermula bulan April ni , tak banyak beza jugak dengan Samsung Galaxy S3 #ayatsedapkanhati. Cuma perbezaan yang ketara adalah pada 13MP rear camera. Okay, yang ni memang nak nangis rasanya T_T #kenapamestibestsangat. 8MP pun dah kagum-kagum gamba macam dslr , apetah lagi 13MP.

Yang lain macam smart sensor dan Android Jelly Bean. Apepun, setakat ni sayang kat S3 cuma kalau ade yang sudi nak hadiahkan Samsung Galaxy S4 ni dua tapak tangan aku tadahkan. Hahaha ! =)


Okay ni some photo and spec. Credit to : asia.cnet.com



Most likely S3




Bigger than S3 smaller than Note 2. Just nice.

Spec                           Samsung Galaxy S4                    Samsung Galaxy S3



Operating systemAndroid 4.2.2Launched with Android 4.0, some versions have updated to 4.1
Dimensions5.38 x 2.71 x 0.31 in.; 4.6 ounces5.38 x 2.78 x 0.34 in.; 4.7 ounces
Display5-inch full HD Super AMOLED; 1,920x1,080 pixels, 441ppi4.8-inch HD Super AMOLED; 1,280x720 pixels, 306 ppi
4G LTEYesYes
NFCYesYes
Rear camera and recording13-megapixel, 1080p HD video8-megapixel, 1080p HD video
Front-facing camera2-megapixel1.9-megapixel
Processor1.9GHz, quad-core Snapdragon Fusion Pro; or proprietary 1.6GHz octa-core Exynos 5 Octa1.5GHz, dual-core Qualcomm Snapdragon S4 (U.S. version); proprietary 1.4GHz quad-core Exynos
Capacity16GB, 32GB, 64GB16GB, 32GB
Expandable memoryUp to 64GBUp to 64GB
Battery2,600mAh2,100mAh
PriceTBAVaries from carrier and capacity: $99.99~$199.99 with contract, ~$499.99 without
CarriersAT&T, Cricket, Sprint, T-Mobile, U.S. Cellular, VerizonAT&T, Cricket, C Spire, MetroPCS, Sprint, T-Mobile, U.S. Cellular, Verizon
Available colorsBlack, white (Verizon only)Black, blue, brown, gray, red (AT&T only), white

Source : cnet.com

S4 on the left and S3 on the right. S4 Much more thinner and ada metal bumper.


Too smart. (damn!)

More details & awesome accessories at Samsung.com

Tuesday, March 5, 2013

Heaven on Earth

By the way, this one looks interesting......


kan?


Thursday, February 7, 2013

Suka Shopping : Pakaian Muslimah (Online)

Orang kata, benda yang baik kena kongsi-kongsi kan. Benda baik tak elok tangguh.

Next pit stop aku suka shopping online baju-baju adalah kat Pakaian Muslimah. Okay, aku ni takdelah muslimah mana. Tapi practice menjadi yang terbaik kan. Ehems.

Aku rasa dah lama aku setia dengan Pakaian Muslimah ni sebab again aku suka sebab service best. Owner dia pun peramah. I like. Sebab ramai la tanya (lah sangat) aku beli tshirt labuh/muslimah ni kat mana. So meh akak nak promote meh. Beli kat sini ya. Online je. Jangan risau, so far beli, tak pernah kena tipu lagi. Hehe.

Sini dah nama pun pakaian muslimah, so memang nak beli tshirt-tshirt labuh yang up to date design, sini tempat dia. Design dengan colour memang just nice. Tak merapu sangat, tak oldskool sangat.

Okay, ada nak tanya..sebab kadang-kadang ni nama je Tshirt muslimah tapi nampak bentuk badan. Okay, ni ahkak nak explain ni. Cenggini, kita ikut terma menutup aurat iaitu menutup aurat. Kiranya, jangan nampak  bahagian-bahagian yang tak boleh nampak. So, kalau rasa badan tu muat size M, beli la size L atau XL. Jangan plak pi beli size S atau M jugak, sebab nanti fit ikut badan. Not nice. Kalau badan size L..amik la size XL. Gitu. Oh ya, tak silap kat sini kalau nak tukar..kene uruskan pos sendiri and jangan bukak tag tu. Kalau tak sesuai size la.

Design memang best. Macam aku pecinta hitam. Sebab nak bagi effect nampak slim (eh?). Lagipun aku suka kenakan dengan kain tudung Bawal Crayon - Iwans Berkat. Barulah ngam.

So, kalau ada yang tercari-cari mana nak beli tshirt muslimah yang up to date. Boleh beli online kat sini. InsyaAllah puas hati :)

Sepcial promo, bagi password ni kat owner page tu : "www.cik-lily.blogspot.com" . InsyaAllah dapat diskaun, bergantung kepada terma dan syaratnya ya! Selamat membeli baju :)






Full details :

Pakaian Muslimah

SMS to order : +6017-7124640

Suka Shopping : Batik Kelantan & Kristal Sabah (Online)

Okay, tak reti nak buat entry serious-serious. So , kita santai-santai je okay?

Aku ni jenis suka membeli-belah, tak kira lah secara realiti atau alam maya. Dua-dua suka, time ada duit la.

So, antara salah satu port aku beli tudung adalah dekat Batik Kelantan & Kristal Sabah (sila click link ya). Diusahakan oleh dua beradik dan diorang adalah kawan-kawan aku (kena bagitau ke?)

Antara produk yang dioran jual adalah seperti, tudung bawal (gred terbaik, jap gi aku elaborate), baju kelawar (kaftan), kain batik/sutera dan sebagainya.

Bawal Crayon 

Bawal Pelangi Sarung 2 Layer

Bawal Sulam (nostalgic)

Bawal Crayon (lagi)

Bawal tulang ikan

Kaftan

Bawal Sarung 2 layer labuci
Baju kelawar (kaftan)
Harga, affordable. Okay, ada yang kata mahal. Tapi meh nak habaq meh...nak cerita sikit :

1. Kain tudung bawal dia biasanya sama ada grade 1 atau grade 2. Gred 1 ni kira yang terbaik lah, tak jarang and kain sejuk. jenis tak carik benang. Faham tak? Kalau pakai pin, tak berbekas.

2. Bidang dia besar. Aku tak sure bidang berapa, mungkin 50" kot. Tapi yang pasti besar. Kira menutupi dada secara keseluruhannya, lainlah kalau memang disingkatkan buat scallop. But still tutup jugak.

3. Senang bentuk. Tak keras sangat dan tak lembut sangat. Just nice. Kalau basah pun cepat kering and senang bentuk balik. Trust me.

4. Kalau termasuk washing machine pun , no problem. Sebab aku pernah termasukkan dalam washing machine. Keluar, sidai. Iron sikit, kembali kepada sedia kala. Tapi , jangan selalu sangat. Hahaha. Sayang wo.

5.Kaler memang terbaik. Setakat ni dah basuk banyak kali. Kaler memang maintain. Nak-nak bawal crayon, jatuh chenta betul.

6. Kalau amik yang jenis manik, jahitan kemas. Again, masuk washing machine pun steady je. Haha.

7. Biasanya colour and design memang latest dan terbaik.

8. Service, terbaik. Bank in hari ni, esok dah pos. Lusa sampai, ikut kawasan la kan.

9. Nak compare dengan KL dan flea market. Serious cakap, KL dan flea market memang murah. Tapi kualiti, sendiri bezakan. Kalau prefer murah, kualiti kurang jangan compare kualiti kat Batik Kelantan & Kristal Sabah or iwansberkat. Again citarasa masing-masing, ada nak qualiti terbaik, buat gi kenduri, pakai gi office atau track. Yer, aku pakai pergi track. So far, okay. Honestly, lagi selesa dari tudung instant :)

10. Kalau nak tau beza, boleh try beli sehelai dua. Pastuh leh compare. Tak try beli tak tau yer kan.

Okay, cakap bukan atas dasar kawan. Kawan kalau jual barang tak ada kualiti or mahal sangat pun, aku pikir 2-3 kali nak beli. Tapi ni atas dasar suka dan selesa. 

So kalau ada sapa-sapa nak beli tudung bawal. Boleh pergi kat link ni. Password : "www.cik-lily.blogspot.com" . Untung-untung boleh dapat diskaun. Tertakluk kepada terma dan syarat owner business okay. 



Full details :
Batik Kelantan & Kristal Sabah