Showing posts with label Review Film. Show all posts
Showing posts with label Review Film. Show all posts

Thursday, March 14, 2013

Review Film : The Call


So far, this is the most logical suspens film I've ever watched. Tell ya, aku ni bukan jenis suka tengok cerita yang mampu memecahkan jantung. Tapi cerita ni lain, sebab dia macam real. Maksud aku, ada logik. 

Suspens yang membuatkan kalau dia tahan nafas taknak bagi kidnapper tu perasan, ngan aku-aku sekali tahan nafas. Suka cerita ni sebab dia bijak. Pantas bertindak. Banyak pengajaran dalam cerita ni antaranya:

  • Jangan marah or melawan cakap mak. Kalau mak asyik call kita tanya kat mana tu, silalah bersyukur.
  • Jangan biasakan jalan sorang-sorang kat parking lot shopping mall. Kalau ada benda yang tak best, jangan jadi hero nak lawan. Lari je.
  • Jangan gelabah , keep calm


Tapi ending dia....memang macam..........korang kena tengok sendiri. Highly recommended. Hahahaha. Unexpected ending kot. Memang puas hati.

Last but not least , THANK YOU NUFFNANG!! Sebab bagi chance tengok cerita ni.





Bye!

Sunday, February 24, 2013

Review Filem : Lawak Ker Der 2 (Malay)

Bismillahirrahmanirrahim..



First of all nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Ruby (rabiatuladawiyah.com) for the invitation. And second nak ucapkan thank to my sis Cik Maya sebab sudi teman kakakmu ini dan yang penting tak sesat! Haha.




Jumaat lepas, 22 Februari 2013 ada tayangan perdana untuk Lawak Ker Der 2 kat Cathya e@Curve. So, from bottom of my heart, here's my review :

It's awesomeness overload ! Best & funnier daripada the first Lawak Ker Der. Tapi nak habaq sikit lah, ada lawak-lawak yang ada unsur 18PL sikit. But sokaaay, it's fun to watch. Dalam erti kata lain, double meaning pun takde lah sampai geli nak tengok or dengar. New jokes and up to date. Especially to Harith Iskander ! Remember "When woman says NOTHING, it's means EVERYTHING!" Haha. And big applause goes to Boboi, Nabil & Jozan. You're guys are just awesome !

Last but not least, congrats to Hans Isaac for the awesome show . Keep it up bro!

Before the show starts!

Okay, takleh review lebih-lebih. Nak...korang kena tengok sendiri and it's seriously highly recommended to watch. Will be on cinema 7 Mac 2013 !!

So, sementara ni, let's enjoy the trailer :)









 Let's support local Malaysia Film ! Enjoy the movie guys ! :)

*********************

FILEM LAWAK KE DER 2

Malaysia mula diperkenalkan dengan persembahan komedi Lawak Ke Der pada bulan Februari tahun lalu. Kejayaan yang ditempa melalui persembahan itu kemudiannya disusuli dengan Lawak Ke Der 2.

Seramai 30,000 rakyat Malaysia menutupi tirai tahun 2012 mereka dengan gelak tawa bersama Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya.

Kepercayaan diberikan kepada Hans Isaac untuk mengarah kedua-dua persembahan Lawak Ke Der berikutan dengan kejayaan kesemua persembahan teater yang pernah diterbitkannya di Istana Budaya. Dia juga merupakan penerima Anugerah Pengarah Harapan Terbaik dan Anugerah Lakon Layar Terbaik di Festival Filem Malaysia yang ke-21.

Memandangkan Lawak Ke Der 2 hanya dipentaskan sebanyak 6 persembahan sahaja di Istana Budaya, banyak permintaan untuk sebuah re-stage yang diterima oleh peminat-peminat yang gagal untuk mendapatkan tiket akibat sold out. Dari situ, timbullah ide dari Tall Order Productions (TOP) untuk membawakan persembahan komedi pentas ini ke panggung wayang supaya dapat disaksikan oleh lebih ramai peminat.

TOP, sebuah syarikat Hans Isaac, dengan bangganya mempersembahkan buat julung-julung kali di dalam sejarah perfileman Malaysia, persembahan pentas Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya dalam bentuk filem berdefinisi tinggi dan boleh ditonton di 70 pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mac 2013! Filem ini juga akan ditayangkan di Singapura dan Brunei.

Filem ini dibintangi oleh 6 pelawak terbaik tanah air.

Walaupun bertindak sebagai pengacara, Nabil iaitu Juara Raja Lawak Musim Ke-2, masih akan menghiburkan penonton dengan aksi stand-up comedynya. Setnya menjadi selingan bagi setiap persembahan pelawak yang lain. Walaupun muncul beberapa kali dalam filem ini, jenakanya tidak menjemukan.

Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik (BOBOI) sering muncul dengan sketsa-sketsa baru yang kreatif dan bermesej. Aksi-aksi naib juara Maharaja Lawak Mega 1 sering menghiburkan penonton, lebih-lebih lagi dengan kemunculan Datin Maimon dan Gegirl.

Selain dari ‘Halussss’, Harith Iskander juga dikenali sebagai Malaysia’s King of Comedy. Persembahan Harith ternyata berjaya mendekatkan penonton Malaysia dengan stand up comedy yang sebenar. Tayangan filem ini juga pasti akan meninggalkan kenangan manis buat Harith memandangkan tahun ini sudah genap 25 tahun dia berkecimpung di dalam bidang komedi Negara.

Chemistry di antara Johan dan Zizan (JOZAN) juga tidak dapat disangkal lagi kerana mereka sering menampilkan sketsa-sketsa yang akan kekal di hati penonton. Ayat “Last payyyperr” yang diperkenalkan oleh Juara Maharaja Lawak Mega 2012 ini di Lawak Ke Der yang pertama masih menjadi ikutan anak-anak muda.

Selepas 15 persembahan sold out musim pertama dan kedua, jenama Lawak Ke Der ini ternyata berjaya menambat hati Malaysia. 

Tall Order Productions ingin berkongsi pengalaman komedi ini dengan semua peminat filem tanahair.

Jadilah sebahagian dari sejarah perfileman Malaysia.

Kepada 2.4 juta penonton Lawak Ke Der 1 di YouTube, jangan lupa untuk menonton Lawak Ke Der 2 di pawagam berhampiran dengan anda. Dah tiba masanya untuk menikmati komedi sebenar di skrin yang besar. Skrin komputer anda terlalu kecil dan tak baik untuk penglihatan.