Tuesday, February 26, 2013

Tujuan/Objektif

Sama je tajuk dengan Cik Dolce. Tujuan/Objektif. Motif?

Sebabnya gini, dalam hidup kalau nak bahagia, kena ada tujuan. Hatta korang kata nak lepak-lepak saja sekalipun, tolonglah selitkan tujuan. Serius ni. Macam aku, ada kala dan ketika, aku saja-saja duduk lepak tepi dinding. Tujuan aku, menikmati keindahaan ciptaan Allah disamping merenung kembali apa yang aku dah buat. Pendek kata, panjang tak kata apa. Okay, tak kelakar. Pendek kata, muhasabah diri. Buat sesuatu yang menginsafkan. Itu tujuan.

Window shopping. Kalau takde tujuan atau objektif. Sila selitkan sikit. Macam aku, window shopping adalah untuk aku recce harga dan produk terkini. Bila ada rezeki, aku terus beli. Ya, camtuh.

Sama jugak macam beli gadget. Aku mengaku, aku kaki gadget. Tapi aku beli ikut kemampuan. Kalau nak ikut satu-satu matiklah. Lainlah gaji aku sebulan 20 ribu kan? Ni pun nak beli, tunggu bonus. Aku beli laju-laju untuk kepuasan diri jangkamasa panjang.

Ada orang, dengar yang best je terus beli. TANPA melihat keperluan diri. Aku bagi contoh la eh, ada orang kata, belilah Samsung Note 2. Tapi aku kata, baik beli Samsung S3. Kenapa? Aku tengok kepada keperluan orang tu. Tapi aku tanya jugak, dia nak pakai macam mana. Ada masanya, aku suggest baik amik blackberry. Aku tak suggest iPhone sebab pada aku, kalau kau dari pengguna phone biasa, kau amik Apple, akan ada sedikit kejutan budaya disitu. Lain kalau kau jenis ada kad kredit dan tak kesah berbelanja secara alam maya.

Bagi rakyat marhaen macam aku ni, memadailah amik Samsung, HTC atau sewaktu dengannya. Okay, jap. Kenapa aku kata dari amik Note 2 baik amik S3 ataupun mini S3. Sebabnya, kalau kau memang jenis budak graphic, memang jenis bergantung sepenuhnya pada telefon (organizer, data, etc). Okay, aku suggest amik Note 2. Tapi kalau pengguna pertengahan. Nak surf online, nak call, nak sms, nak whats app, nak amik gambo, baik S3 je.

Tak boleh nak ikut sangat peredaran arus semasa. Memang lah best, tapi kalau tak guna secara optimum pun tiada gunanya. Contoh tab atau iPad. Biasanya pengganti laptop. Jarang la orang guna untuk fungsi camera secara total. Memang ada, tapi biarlah berpada. Nanti nampak macam gadget freak sangat. Tak comey.

Sama jugak macam barang lain, kadang-kadang kita bayar mahal untuk brand je pun. Kualiti dan bahan, sama je. Serious. Cumanya, kalau smartphone atau alatan elektronik, aku nasihatkan belilah yang original. Jangan beli yang tiruan. Jangan sebab nak nampak canggih, tapi function tak sama pun. Pakai tak lama.

Membazir. Ingat, membazir tu amalan Syaiton.

Sekian!

No comments:

Post a Comment