Listen! Semua makhluk pun ada masalah. Serius, kucing aku pun ada masalah. Di mana, dia ada masalah kalau dia taknak makan tuna yang aku beli dan menjadikan masalah untuk aku sebab dah beli tuna tu dan masalahnya adalah pembaziran. Okay, tak complicated sangat. Saje je.
Perbincangan topik kita pada hari ini adalah berkaitan masalah attitude. Come on, memang semua orang ada masalah dengan attitude. Hidup kau bahagia, tak bermakna kau takde masalah attitude. Sebab yang menilai, orang lain. Kita tak nampak pun.
Sebenarnya, aku sedikit muak dengan cerita-cerita hal rumah tangan atau rumah tak bertangga kat media ni. Okay, aku faham itu memang kerja media untuk dapatkan cerita. Tapi kalau kita tak cerita atau boleh cakap "no komen" atau "talk to the hand" atau "senyum je" cerita pun tak keluar kan?
Abis tinggi pun, media akan komplen kata kita ni sombong dan taknak beri kerjasama atau biarkan saja merepek dengan preskripsi mereka.
So, tak kiralah kita artis, celebriti, rakyat biasa mahupun keturunan diraja sekali pun, aku merayu. Jagalah hal peribadi dan kisah hidup keluarga sebaik mungkin. Kalau pahit, telankan sahaja. Atau carik kawan-kawan yang boleh kita luar perasaan, pergi makan, pergi bercuti, pergi tidur walhal solat dan mengaji tu lebih baik di sisi Allah.
Renung-renungkan.
Jaga hati, jaga peribadi.
No comments:
Post a Comment