Samalah, aku pun jenis tak amik port hal semasa gossip artis ni (sangat la kan). Tapi pagi ni rasanya ramai yang cakap pasal kes artis bertunang ngan isteri orang.
Okaylah, honestly. Tak terkejut pun, okay tipu. Sikit jer terkejut. Tapi lepas dikaji, rasanya ni kes confuse. Hehe. 7 years itch syndrome. Nak tau, sila google. Walaupun sekarang ni, tak semestinya 7 tahun, 3 tahun pun ade, 3 bulan dan sebagainya. Zaman berubah, perangai berubah.
Atau ada jenis yang nak 'cuba, try, test'. Seriously dalam bab perhubungan ni, bukan masa-masa nak cuba, try test kenal dulu. Kalau rasa tak boleh nak go on, jangan paksa. Walaupun hakikatnya, menggembirakan hati orang lain. Tapi kalau tak mampu, jangan.
Zaman dah berubah, kalau orang boleh kata, orang dulu-dulu jodoh family tentukan, bahagia je sampai sekarang. Tu dulu, dulu tak ada internet. Dulu tak ada handphone. Dulu tak ada facebook. Dulu tak ramai perempuan yang kerja.
Memang pun bahagia, tapi ada jugak yang tak bahagia. Cuma orang tak highlight pun. Sama macam hidup bermadu, orang asyik kata yang negatif. Yang bahagia beranak-pinak orang tak nak cerita pun. Manusia - bias :)
Pokoknya, terpulang pada hati. Tapi serius cakap, bab relationship ni jangan buat main. Boleh bagi masa pada hati, tapi kalau rasa tak boleh. Baik tarik handbrake.
Chow!
No comments:
Post a Comment