Wednesday, February 20, 2013

Chef Lily : Nasi Arab ala Lily

Nasi Arab (ala-ala)

Bahan-bahan :
Beras Basmathi Long ( recommended Jasmin Pusa 1211)
Minyak zaitun
Minyak sapi
bawang merah
buah pelaga, bunga lawang, cengkih
Daun pandan
Kismis
Gajus
Daun ketumbar
Saffron ( kalau ada)
Serbuk kari, serbuk ketumbar
Garam 
Air

Cara-cara :
1. Basuh sekali dan rendam beras agak-agak dalam 5 minit. Kemudian toskan.
2. Panaskan minyak sapi & minyak zaitun (biasa, bukan extra virgin). Tumis bawang, daun pandan, bunga lawan , buah pelaga and cengkih sampai naik bau .
3. Masukkan 1 atau 1/2 sudu kecil serbuk kari dan serbuk ketumbar. 
4. Masukkan beras, gaul-gaul ( kira macam goreng sikit). Agak-agak dah sebati, masukkan air. Jangan banyak sangat, nanti nasi lembik. Agak-agak 1 1/2 jari telunjuk.
5. Letak garam secukup rasa. Tanak naik guna rice cooker.
6. Agak-agak nasi dah 3/4 masak. Jangan kacau sangat, nanti beras hancur. Masukkan daun ketumbar dan kismis dengan kacang gajus yang kita dah sangai (goreng kering). Tutup balik bagi nasi masak betul.
7. Kalau ada saffron, boleh masuk saffron masa tumis tadi. Kalau takde pun takpe. Fungsi saffron bagi nasi jadi kuning and perasa tambahan.
8. Nasi siap, boleh hidang. Recommende cedok nasi pakai piring, so beras tak pecah-pecah :)



Ayam goreng Rosemary

Bahan-bahan:
1. Ayam kampung / ayam daging
2. herba rosemary ( yang fresh or kering)
3. garam
4. serbuk kunyit
5. bawang putih & halia
6. minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Perap ayam dengan halia, bawang putih, serbuk kunyit, garam, minyak zaitun, dan rosemary.
2. Goreng dalam minyak panas, sampai keemasan.
3. Siap!



Ulam-ulam :
Cili hijau
Timun
Tomato
Carrot












Simple je. Nasi arab memang takde kuah. Ikutkan dia makan dengan ikan goreng. Tapi sebab ikan takde, substitute dengan ayam. Ikut citarasa. Ulam memang standard, cili hijau, tomato and timun.







Selamat menjamu selera!



No comments:

Post a Comment