Aku respect dengan orang yang boleh lupakan benda yang membahagiakan.
Aku tak boleh.
Serious tak boleh.
Dan aku tak nak lupa.
Mana taknya,
Bila makan spagetthi, teringat dia suka makan spagetthi
Bila makan briyani, teringat tu favourite dia
Bila makan pizza, ingat dia suka makan piza jugak
Bila minum teh o suam, teringat dia suka minum teh o suam jugak
Bila makan coklat, teringat dia suka bagi coklat
Bila makan sardine puff, teringat dia suka beli puff for breakfast
Bila makan nasik lemak lauk sambal daging dengan telur rebus, teringat dia pernah belikan nasik lemak.
Macam tulah. Mana tak debab kan? Dimanjakan dengan makanan. Aihhh~
Hujan-hujan ni, bermonolog plak.
Kes kes kes.
No comments:
Post a Comment