Lately, hati aku sensitif. Maksud aku lebih sensitif. Aku memang seorang yang sensitif. Cepat terasa. Tapi aku tak tunjuk. Cuma yang mana kenal aku, tahu aku memang terasa.
Ubatnya, aku diamkan saja. Membantah tidak,melawan tidak. Dulu aku kaki melawan. Membantah. Keras kepala. Tapi sekarang dah tua. Aku dah penat. Penat melayan karenah orang tak tiada kesudahan.
Berdiam nampaknya lebih baik. Talk to the hand. Aku cakap yang perlu-perlu sahaja.
Orang kata, kita takkan maju kedepan kalau masih di kenangan silam. Memang aku spesis macam tu. Aku suka duduk dalam kenangan silam yang aku rasa aku happy.
Aku rindu orang dulu-dulu.
Aku rindu suasana dulu-dulu.
Aku rindu pasukan dulu-dulu.
Kalau aku cerita pun mesti ada perkataan "dulu" :)
No comments:
Post a Comment