Kena plak kebetulan...KEBETULAN plak , camera S2 aku ni buat hal . Dia jadi macam kadang-kadang okay , kadang-kadang 'hang' . Sedih kan . #alasan.
Alhamdulillah , berkat kesabaran dan doa . Allah bagi rezeki tanpa diduga. Eh , agak mengharap tapi memula macam tak dapat , tapi Allah buka jalan untuk dapat gak rezeki tu. Apepun , aku berterima kasih kepada mama and abah yang banyak mendoakan untuk aku.
Bila dah dapat , kata mengidam . Memang dah 'kira-kira' dalam bajet tu pun. Nak spend untuk beli baby baru ni la. So , semalam pergilah Subang Parade . Kedai handphone leng chai yang memang aku biasa beli.
Harga phone sama je sebenarnya. Mana-mana pergi pun standard price. Murah pun dalam RM100 macam tu untuk sesetengah kedai. Untuk pengetahuan market price Samsung Galaxy S3 sekarang ni dalam RM2099 - RM2199 . Itu kosong , maksudnya handphone sahaja dengan accessories charger ngan earphone la.
Nama pun aku kan , biasa aku akan amik package. Kiranya amik casing cover , screen protector , memory card dengan install segala bagai apps yang aku rasa malas nak install sendiri. Jenuh jugak aku rasa leng chai tu melayan aku. Tapi sebab memang aku confident nak beli. So aku bersungguh tanya. Kalau tak , aku tak tanya lebih-lebih. Kesian salesman kalau kita buat macam. Ingat , nanti Allah murka. Takmo takmo. *geleng kepala*
So far dah 'test drive' tak sepenuhnya . Sebab aku belum baca manual book & user guide dia lagi. Ya , aku memang jenis suka membaca manual book ni semua. Tak sempat , sebab malam tadi sibuk packing baju dan iron baju untuk stock 5 hari . Tidur pun dekat pukul 3 pagi. Aku godek-godek sambil tengok kat internet dan sebagainya. Memula tu macam taknak pakai dulu. Tapi dengan sifat aku yang tak senang duduk ni , terus pakai. Hehe.
Galaxy S2 , yang kononnya dijangkakan untuk aku trade in , adalah tak jadi ye rakan-rakan . Sayang lah pulok. So , aku decide kekalkan S2 dan aku masuk sim card broadband. Untuk surfing secara melampau , aku guna S2 . Ataupun sebagai modem wifi. Since broadband adalah unlimited usage kan. Kalau yang postpaid kat S3 ni limit to 3GB je. Kalau lebih , abih la ai is kene marah dengan abah. Sebab abah bayar bil telefon. Hehehe . Ai is sayang abah :p
Dari segi interface dengan performance , haruslah S3 yang terbaik. Nama pun guna Dual-Core processor kan ? Screen Display pun lagi cantek. Nama pun 4.8 Super Amoled. Tengok video pun kita rasa macam tengok movie dekat IMAX. Korang pernah gi tak? Kalau tak pernah , sila google sekarang dan pergi. Aku ucapkan selamat jatuh cinta dengan IMAX. *lari topik*
Ketahanan , wallahualam. Sebab tak lasak lagi guna. Cuma aku amik casing yang kalau jatuh , tak memberi kerosakan mahupun calar pada body dia. Al-kisahnya , S2 aku banyak kali dah terhempas. Berterima kasih kepada casing rubber tu. So bounce balik. Alhamdulillah , S2 tiada cacat cela. Cuma camera tu la , aku suspek sebab software. Semalam dah reboot. Macam , ok sikit. #mengada macam tuan dia. Takpun aku suspek , S2 aku nak bersuami agaknya. #heh?
Kelebihan secara original ya , maafkan aku guna ayat ni sebab sekarang ni kita memang boleh buat macam-macam kat phone dengan tahap kerajinan serta kecerdikan kita untuk upgrade sendiri. Tapi being me , yang memang tak berapa reti dan tak berapa rajin serta paranoid , risau nanti phone aku bricked ke ape kan , ai is dont like.
Yang awesomenya pasal S3, layan video sambil buat benda lain. Kira kalau ada message masuk ke , whats app ke , nak layan FB ke boleh layan video sekali . Ni nama dia Auto Beam (macamlah korang takleh google kan? :p)
Nak tau spec atau perbezaan antara Galaxy S3 dengan Galaxy S2 , sila rujuk entry sebelum ni kat sini .
Daripada membebel macam korang baca kan ? Aku pos gamba eh . Ada apa-apa jangan segan silu tanya di ruangan komen. Saya sedia memberi jawapan ( ade keeee nak tanyaa..? haha)
![]() |
Casing ala-ala Carbon Fibre :p |
![]() |
Ya , Flip case . Untuk protection. Walaupun kata Gorilla bagai kan. |
![]() |
Comel kan? :') |
![]() |
Casing yang ni boleh diri macam ni . Range dalam RM100+ |
![]() |
Buat saya jatuh hati :) |
![]() |
Layan video sambil buat benda lain. #awesome ! |
![]() |
S2 is still my baby . Love her still :) |
Official Samsung Galaxy S3 Website : http://www.samsung.com/my/galaxys3
hwahhhh...adik jeles! mudah2an dimurahkan rezeki utk rembat s3 gaks! aamiin
ReplyDeleteehehe. akak doakan untuk adik juga ya. aaminn!
Deletetapi tapi.. saya minat Galaxy Note.. 2.. XD
ReplyDeletesila pergi beli skrg :P
Delete