Aku buat dua attempt. First tak tengok resepi. Main belasah je. Last-last jadi lempeng melayu. Walaupun hakikatnya pajeon ni adalah lempeng jugak. Cuma first attemp aku tu memang jadi lempeng melayu.
Tak puas hati, google tengok resepi. Lepas dah combine mana-mana yang patut. Buat second attempt. Alhamdulillah. Menjadi walaupun tak nipis dan garing macam Ko Hyang punya. Lagipun aku buat pakai kentang. Tu je bahan asas yang ada kat rumah pun.
Okay, ni resepi simple versi aku. Korang boleh godak-godak sendiri ikut kesukaran dan kepakaran masing-masing.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandung
1 cawan air sejuk
1 biji telur
Sedikit garam.
Kentang potong panjang-panjang nipis
atau
Boleh guna seafood - udang, sotong
Cili Hijau/ Cili Merah
Daun bawang
Pencicah:
Kicap masin
Cuka
Cili padi
Bijan
(bancuh je semua ikut macam kita nka buat cicah ikan bakar tu)
Cara-cara:
Bancuh tepung, telur dengan air sejuk. Kadar kelikatan adalah macam kita nk buat goreng pisang. Bancuhan tak cair sangat, tak pekat sangat. Just nice.
Sambil tu, panaskan pan (kuali leper). Minyak ikut kesukaan, kalau rasa nak sihat takyah minyak. Kalau nak garing, letak minyak ala kadar.
Celupkan bahan-bahan macam potato atau seafood atau daun bawang semua tadi dalam bancuhan tepung. Make sure gaul rata.
Lepas tu angkat celupan tadi, masukkan dalam pan. Leperkan dengan kadar terpantas. Kalau tak leperkan or lambat nanti pajeon jadi tebal.
Kalau nampak ada lubang-lubang, tambah bancuhan tepung tadi. JANGAN tuang bancuhan dalam pan. nanti pajeon tebal dan tak sedap.
Lepas tu, goreng sampai kuning keemasan. Or garing. Ikut citarasa.
Dah siap dan sedia dihidang!
Kalau malas buat pencicah tu, pakai sos cili pun ngam ho. Kita buat style kita. ^^
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment