Antara yang menggembirakan adalah dengan sambutan ulangtahun kelahiran sendiri yang ke dua puluh sembilan. Tahun depan dah masuk three series. Perangai masih lagi macam budak umur sembilan tahun. Matanglah wahai diri. Rakan sebaya anak dah nak masuk darjah satu. Tapi bak kata rakan sebaya lain, mujur takda rakan sebaya yang dah nak dapat menantu. Super sobs.
Peristiwa kedua yang menggembirakan hati adalah menanti parcel-parcel yang membahagiakan dari korea selatan. Oh yeah. Cepat sikit, beta rindu ni.
Peristiwa mencemaskan adalah bila buah hati (kononnya) masuk hospital disebabkan terlalu bekerja keras. Cemas sampai rasa nak amik tiket flight terbang pergi seoul masa tu jugak dan berada di sisi beliau. Tapi itu drama semata-mata. Sila lebih fokus untuk misi sebenar pada bulan oktober tahun depan.
Peristiwa kedua mencemaskan adalah apabila cik rain, baby kucing aku kena eyes infection. mata kiri bengkak macam nak pecah. nangis depan doctor. doctor leng chai. hensem jugak. kah kah kah. okay, condition rain sekarang dah okay, walaupun dia buta mata kiri. as long you survive baby!
sesungguhnya, dua ribu tiga belas mempunyai pengalaman serta peristiwa suka dan duka. dua ribu tiga belas juga adalah diklasifikasikan sebagai healing year.
dua ribu empat belas. adalah tahun penuh harapan. semoga harapan menjadi kenyataan.
atau mungkin tahun mengakhiri zaman bujang? ekekeke. insyaAllah bulan sebelas kalau dapat tapau encik suami dari selatan korea =)) *masih berdrama*
berlatih untuk dua ribu empat belas.
No comments:
Post a Comment