Friday, April 26, 2013

Ada apa dalam handbag?

Lepas baca entry terkini lagi panas Encik Ojin. Aku rasa terpanggil nak jawab soalan dia dalam bentuk entry khas.


baiklah gegadis.. cer listkan apa ada dalam beg tangan korang..koh koh koh..



Jawapan adalah seperti berikut :


  1.  ada purse. Tapi aku punya spesis wristlet, sebab senang nak sumbat apa jua barang sekali pun
  2. ada notebook. bukan laptop, tapi seakan-akan planner bagi memudahkan kerja mencatit apa jua maklumat yang bakal ada.
  3. ada bag makeup. okay, takdelah mekap sangat. dalam bag mekap ada bedak compact, lipbalm, lipstick, blusher, BB cream, eyeliner, perfume, sikat. Secara puratanya, yang aku pakai adalah BB cream, bedak compact, lip balm dan lipstick. Aku bukan jenis mekap punya orang, tapi kalau nak jumpa orang aku taknak rupa macam zombie. at least ada pencerahan di situ. Hah.
  4. ada calculator. Aku suka calculator purba kala, senang nak kira time ada discount sale atau lumba kira dengan mamak kat kedai mamak. 
  5. Ada panadol, allergic cream, vicks, minyak cap kapak, plaster. Ini penting untuk kegunaan di kala kecemasan.
  6. Tissue dan wet tissue wajib ada.
  7. Lotion baby.
  8. Passport, buku asb. Incase
  9. Notebook kecik
  10. Pen
  11. Telekung travel. Aku lipat kecik-kecik memang masuk dalam poket bag. Senang nak gi jalan-jalan


Tak banyak tu je. Barang tambahan adalah seperti, kunci kereta, kunci rumah, botol air.

Jadi, encik ojin..berdasarkan list barang yang aku ada, sila illutrasikan mengikut kreativiti anda. amacam? haha !


2 comments:

  1. Hahahaha.. hamboii... meriah betul.. kah kah kah..

    ReplyDelete
  2. Hahahaha.. hamboii... meriah betul.. kah kah kah..

    ReplyDelete