Aku tak kisah, aku dah biasa hidup macam ni. Ada orang memang tak boleh. Semua kena berteman, sanggup berlapar kalau takde geng. Aku dah biasa, memang macam ni dari dulu, suka bawa diri. Dari zaman aku sorang, aku berteman, dan kadang-kadang sorang. Oh ya, restoran tu 'pakcik' yang introduce kat aku. Aku ingat sampai sekarang.
Sambil layan nasi, layan sup, layan teh o ais, tangan kiri aku ralit main telephone. Aku belek-belek instagram, aku belek FB, aku belek gamba. Dan aku layan candy crush. Nasi separuh, aku tolak tepi. Sup aku hirup sampai kering. Dalam kepala aku macam-macam. Aku tak fokus pun dengan benda yang aku buat.
Aku cuma terfikir, bila kadang-kadang dalam rutin harian bekerja mahupun peribadi, bila ada benda yang susah sangat nak selesai atau tak kesampaian, atau lambat. Rasanya, sekarang ni Allah tak tangguh dah nak 'bayar balik cash'. Baik kita buat benda buruk atau benda baik. Cepat je Allah balas.
Jap, aku cakap secara random dan pesanan pada diri sendiri. Jangan terasa atau cuba kaitkan cerita aku dengan politik syarikat mahupun negara. Ianya hanyalah konflik diri kita saja.
Aku tengok, contohlah, kalau ada kes dengki mendengki, atau perasan best, aku rasa kejap je Allah balas balik. Contohnya, banyak sangat aral melintang. Kan? Cumanya, tuan badan sedar dengan tak je kenapa Allah aturkan semua ni.
Kalau kita buat baik, contoh bagi makan dekat kucing jalanan. Mudah jer rasa perjalanan kehidupan tu. Kan? Kita perasan dengan tak je.
Cuma aku rasa sekarang, kalau proses perjalanan tu tak berapa nak lancar, bukan Allah tak sayang kita. Tapi dia nak kita tengok balik apa kita dah buat or cakap kat orang lain.
Kesimpulannya, berdoalah. Minta ampun, Allah maha pengampun.
Tu je.
No comments:
Post a Comment