January 2013, meninggalkan kesan pada keluarga aku. Secara keseluruhannya. Keluarga besar aku. Pakcik aku yang disahkan menghidap kanser paru-paru 3 dua bulan lepas meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Sedikit 'ackward' di sini sebab aku tak menitiskan setitik air mata pun. Dan aku juga tak menolak kemungkinan bahawa akan ada suara-suara yang mengatakan aku tak sedih barangkali. Tapi, aku nak habaq, kalau orang buat assumption macam ni, aku cuma nak kata. Bila rasa pedih mengatasi rasa sedih, aku lupa macam mana untuk menangis. Jap, bukan aku pedih dengan arwah, tapi dengan keadaan sekeliling yang tiada melibatkan ahli kaum keluarga aku. Jelas.
Cuma, aku cuma rasa. Beli keredhaan terhadap dugaan yang menimpa, perasaan akan tenang bersamaNya. Tak perlu aku jelaskan yang aku juga merasa 'lain' dan sakit ketika dan saat waktu arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ya, dua jasad berada pada lokasi yang berbeza. Cuma waktu menyamakan.
Eloklah arwah pergi dengan tenang. Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama para solihin. Al-fatihah.
Konklusi aku melihat situasi kematian, yakinlah, setiap yang hidup pasti akan bertemu Maha Pencipta. Selagi masih diberikan nafas, beramallah sebaik mungkin. Sejahat manapun manusia, urusan dosa pahala adalah RAHSIA ALLAH. Bukan kita manusia untuk menilai atau menghukum.
Noktah.
No comments:
Post a Comment