Wednesday, February 6, 2013

Happy 14

Ahad lepas, tiga haribulan dua tahun dua ribu tiga belas genap usia adik aku empat belas tahun. Ya, satu-satunya adik aku. Lelaki.

Pagi ahad hari jadi dia tu, ada lah drama air mata sedikit. Biasalah aku kan kaki menyakat dia. Hahaha. Tapi aku ni jenis dah buat memang malas nak pujuk. Keh keh keh. Lama-lama dia reda sendiri.

Malam tu aku dah hadiahkan dia beg kasut Manchester United. Dia ni peminat tegar MU. So happylah, actually purpose aku belikan bag tu untuk isi sepersalinan dia. Macho sikit dari pakai cloth bag giant kan.

The next morning time dia tuition aku pi lari (bawak kereta) beli coklat kek. Okay, suka juga dia. Pastu lepas zohor pergi Setia City untuk makan-makan. Dia nak makan Sushi King, aku racun dia ajak makan Seoul Garden. Pengaruh berjaya. Total makan empat orang ringgit malaysia satu ratus sembilan ringgit. Abah dapat diskaun warga emas. Adik free sebab OKU.

Alhamdulillah, semua suka. Suka lah dia sebab boleh masak-masak and jalan-jalan amik makanan. Setel bab tu, pergi carik kasut dia. Mama janji nak belikan as hadiah. Fine, tak jumpa. Dia nak kasut Messi. Aku haram tak kenal kasut Messi macam mana. Takde, dia hampir merajuk. Tapi abah pujuk pergi al-ikhsan.

Aku plak, ajak dia pergi kedai jam. Nak bagi dia jam elok sikit. Dia memang pengumpul tegar jam. Tapi semua murah-murah. Cepat rosak. Jenuh asyik ganti battery. So aku decide nak train dia macam aku, pakai jam dari form three sampailah sekarang. Ya, biar mahal asal bertahun pakai.

Pergi kedai jam, aku suruh dia pilih. Sebelum sempat aku tunjuk 'area' yang dia boleh pilih, dia dah tunjuk yang dia berkenan. Mak oi, aku cakap tak boleh. Sebab bajet aku lari. Aku bajet dua ratus dan kebawah sahaja. Nasib baik dia okay, dan jam dia pilih pun cantik. Aku pesan, sila jaga elok-elok. Moga-moga dia ingat pesan aku. (kalau tak ingat, siaplah)

Lepas tu terus pergi al-ikhsan dekat batu tiga. Tengok-tengok ada kasut dia berkenan. Tapi takde size pulak. Mintak staff sana call outlet mana ada saiz. Katanya kat Danau Kota (jauh noooo). Lagi satu Alamanda. Terus suruh dia call, booking nanti aku pergi amik. Sib baik okay. Setel.

Ini kasut Messi nya.


Esok tu (Isnin), terus pergi Alamanda lepas kerja, amik kasut. Cik M teman. Terima kasih, upah belanja makan dekat Grand Black Canyon Cofee. Haha.

Dan hari ni, dapat hadiah lagi...kakak sumpah jealous dengan ko dik. Apepun, semoga jadi anak dan adik yang baik, hormat orang tua, bijak pandai, and make us proud! Amin. We love you adik.


iPad mini. Thank you uncle Haji!
*
*
*
*
*
*
*


Kasut merah aku. Khas main badminton. Kelas tak? Haha.

No comments:

Post a Comment